Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, October 10, 2011

chocolate bottom banana square

ni3 sambungan yg sebelum ni..
aku buat benda alah ni utk berbuka pose semalam la..
org pose ni kan, time berbuka paham2 la..
semuanya nak..
nak beli tak tau jual kat ne, so godek sendiri la..
makan pun puas..
*
*
fresh from my butterfly oven..
*
*
makan time dia masih panas memang sedap..
tekstur macam kek, rasa macam roti cmpur kek..
susah nak cakap..
yg aku blh cakap memang la sedap..
nak tau kesedapannya sendiri, korang wat ler..
*
*
nipis sikit coz saiz loyang aku yg besar..
tpi, bg aku dah ok sangat la ni..
gabungan pisang, chocolate cip dan almond nibs..
walla...
aku amik resepi ni kat kak hana
credit to akak..minta izin share kat cn plak k..

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
sumber : kak hana

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs
CARANYA:


  • Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.




  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.




  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.




  • Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square
  • masak lemak cili padi pucuk paku

    juadah aku berbuka pose mlm tadi....
    masak lemak cili padi pucuk paku dan ikan goreng jer..
    ikan goreng tak payah la nak tayang kat cni kan..
    wat malu jew..
    buat pucuk paku ni pedas2 ckit..
    sedap weh..
    *
    *
    *
    *
    MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK PAKU

    1 ikat pucuk paku
    1 ulas bawang merah
    cili padi - ikut pedas la
    kunyit hidup
    ikan bilis @ udang
    1 paket santan
    asam keping 1

    CARANYA:

    - bersihkan pucuk paku
    - kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup
    - tumis bahan kisar tadi dengan sedikt minyak dan masukkan asam keping
    - masukkan santan dan kacau jangan sampai pecah minyak
    - dah agak2 nak menggelegak, masukkan udang @ ikan bilis serta pucuk paku
    - masukkan garam dan perasakan. kacau sehingga masak
    *
    *
    si abang yang menjadi peneman ibu berbuaka pose coz ayah ot
    *
    *
    si adik pun sama jugak...

    lunch on 09.10.11..

    menu lunch ni pada tarikh 091011..
    baru aku perasan, cantik tarikhnya..
    mesti ramai yg pilih tarikh ni utk tunang atau nikah..
    abg ipar aku request kari ayam + sambal belacan + ulam timun + keropok keping goreng..
    pas tu aku try masak ikan keping masak sos..
    cik asben cakap sedap dan dia terus suruh aku masak lgi..
    dia blh plak makan mcm kudapan depan tv..
    tak sempat nak makan dengan nasi..
    xceli, aku lupa nama sebenar spesis ikan ni..
    kang di n3 lain aku post gambar ikan tu sekali k..
    *
    kari ayam
    *
    *
    *
    bahan2 utk masak kari ayam

    KARI AYAM

    1/2 ekor ayam -  bersihkan dan potong
    1 pkt serbuk kari ayam - bancuh dgn air
    1 btg kulit kayu manis
    2 ulas cengkih
    1 ketul buah pelaga
    1 ketul bunga lawang
    2 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    2 helai daun kari
    2 pkt santan harga RM1.00
    2 sudu besar kerisik
    1 biji kentang
    sedikit air asam jawa
    bahan perasa

    CARANYA:
    - aku suka goreng sekejap ayam tu
    - panaskan minyak dalam periuk, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih
    - masukkan bawang merah bawang putih, halia yang telah ditumbuk dan daun kari. tumis hingga wangi
    - masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan sedikit air, tumis sehingga wangi dan benar2 masak
    - masukkan kentang ayam dan air asam jawa
    - masukkan santan dan kerisik. pas tu taruk garam dan bahan perasa
    *
    *
    *
    ikan..............masak sos
    sebab aku lupa la nama sebenar spesis ikan bilis ni..
    kang aku siasat balik nama dia k..
    sedap makan mcm tu je depan TV..

    IKAN...........MASAK SOS

    1 paket ikan .........(aku beli kat mydin)
    2 sudu besar sos tomato
    2 sudu besar sos cili
    1 sudu besar sos tiram
    1 ulas bawang putih - pecahkan
    perasa

    CARANYA:
    - gorengkan ikan.............dan angkat
    - campurkan ketiga2 sos tu dalam mangkuk
    - tumis bawang putih dan masukkan sos tadi..
    - taruk garam dan perasa, pas tu masukkan ikan tadi
    - gaul rata sampai pekat
    - dah sejuk simpan dalam tupperware supaya kerangupannya kekal

    Sunday, October 9, 2011

    kek karamel

    n3 ringkas hari ni..
    akak ni baik orangnya..
    kenalan FB aku dan jumpa masa aku htr kek ni ke masjid jamek..
    dia ni sukarelawan bebas..
    sediakan makanan dan aktiviti setiap mlm khamis dan jumaat utk homeless ni..
    *
    *
    kek karamel 4 u..
    *
    *
    *
    pic bawah ni x de kena mengena la..
    sasaje nak taruk gambar budak tecik ni..
    *
    *
    ibu sayang adik...
    irdina..1 tahun 3 bulan..

    Friday, October 7, 2011

    nasi ayam spesel

    hari ni @ 07 oct 2011, aku menjadi suri rumah sepenuh masa...
    hari ni je la..
    bukan apa, pengasuh irdina minta cuti...
    aku pun terpaksa cuti la..
    nasib baik annual leave aku masih banyak lagi..
    ala..10 hari je pun yg tggal..mana ada banyak nyer...
    aku buat nasi ayam ni utk kengkawan semakan aku..
    plan nak dtg time lunch la..
    tpi, x jadi coz anak cc min cir bir plak..
    jadi la rezeki abang aku sekuarga yg tetiba je dah smpai sini..
    diaorg sekuarga htr pekerja ke LCCT..
    aku hallo la, suruh singgah sini..
    aku masak nasi ayam ikut resepi junjs11-myresepi..
    simple dan sedap la...
    *
    *
    nasi ayam spesel
    *
    *

    Untuk nasi

    5cwn beras
    3 sudu besar butter
    1cm halia- ditumbuk
    4 ulas bawang putih -ditumbuk
    air rebusan ayam tadi secukupnya
    sedikit garam.

    Caranya
    Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
    *
    *

         Untuk rebus

    1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
    2 ulas bawang putih
    2sm halia yg diketuk
         Untuk perap

    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1cm halia
    2 ulas bawang putih
    sedikit kicap cair

    Caranya
    - Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang   putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk .

    - Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
    *
    *

    Bahan sos
    5biji cili merah
    5 ulas bawang putih
    2cm halia
    1 sudu teh cuka, garam, gula
    1/2 cawan air

    Untuk sup
    lebihan air rebusan ayam
    1 biji bawang besar kisar
    rempah sup
    garam
    daun sup yg dihiris.

    Caranya
    - Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

    - Untuk sup, air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

    Thursday, October 6, 2011

    pavlova again

    petang tadi buat pavlova lagi..
    tgh addict dengan menda alah ni la plak..
    lg 1, request dari cik asben yang tak sempat merasa masa 1st time buat..
    abis tu, dia kena OT..balik lmbat..
    alamatnya, habis pavlova tu d kerjakan dek kami bertiga kat rumah..
    sedap makan sejuk2..
    tak la rasa manis sangat..
    pas tu di tambahkan lgi dgn rasa stroberi yg masam2 manis tu..
    cmpur dgn whipping cream plak tu, asyiknya bila makan..
    kalau tak mengenangkan ada member nak dtg rmh esok..
    memang abis la pavlova ni d kerjakan
    kali ni aku buat siap ada layer lagi kat dlm tu..
    *
    *
    *
    my pavlova..
    *
    *
    kali ni buat 2 layer....
    sedap...
    sesekali makan western dessert kan..
    yang ni aku guna resepi irma..
    sama je, cuma kuantiti tambah sikit..
    pas tu siap ada petua dan cara2 masak lagi..
    minta izin copy kat sini plak k..

    PAVLOVA VERSI
    sumber: irma

    Bahan-bahan :

    4 biji putih telur 
    1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
    1/2 sudu teh esen vanilla
    1 sudu teh cuka masakan
    1/2 sudu besar tepung jagung

    Topping/hiasan :

    1 cawan (240 ml ) whipping cream
    1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
    1/2 sudu teh esen vanilla

    Tip sebelum membakar :

    1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

    2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

    Cara-cara :

    1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

    2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

    3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

    4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

    Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

    5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

    6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

    7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

    Masa membakar :

    1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

    2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

    Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

    Cara menghias :

    1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

    2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

    3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

    Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

    Sedia untuk dimakan

    menu dinner @ 05 oct 2011

    menu dinner org bekerja mcm aku ni selalunya simple mimple jer..
    nak makan yg sedap2 tu, kena tggu hari minggu la..
    smpai rmh pukul 5.30 ptg, amik anak2 dan terus kelentang kelentung kat dapur..
    pas siap masak, siapkan anak2 plak..
    repeat menu je, ikan kerisi masak taucu dan sup cendawan bersama brocoli dan tauhu telur..
    *
    *
    *
    ikan kerisi masak taucu

    IKAN KERISI MASAK TAUCU

    2 ekor ikan kerisi
    1 ulas bawang kecil
    1 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    cili padi - belah tengah
    1 pkt taucu - aku guna cap tamin
    perasa dan garam

    CARANYA:

    - gorengkan ikan separuh masak dan angkat
    - hiriskan semua bawang tersebut dan tumiskan bersama cili padi, kalau nak bg anak mkn, jgn taruk cili k
    - masukkan taucu dan air utk kuah
    - masukkan ikan dan perasakan
    - jangan taruk garam banyak sgt sbb taucu tu dah masin
    *
    *
    *
    sup cendawan bersama brocoli dan tauhu telur..
    di sebabkan aku masak taucu tu pedas, aku buatkan la sup cendawan  ni utk anak2 ku..

    SUP CENDAWAN WIF BROCOLI N TAUHU TELUR

    1 ulas bawang putih
    1 ulas bawang merah
    cendawan tiram
    brocoli
    tauhu telur
    serbuk pati ayam
    sedikit serbuk lada putih
    garam

    CARANYA:

    - potongkan tauhu telur tersebut, goreng dgn minyak dan angkat
    - tumiskan bawang putih yg telah didadu kecil bersama bawang merah yg dihiris
    - masukkan tauhu telur tersebut, brocoli dan cendawan
    - masukkan sedikit air, perasa ayam, serbuk lada putih dan garam. siap..
    -