Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, January 31, 2011

home made sushi by uni

mlm smalam g tdo rmh uni kat jln klang lama pj. kami dijamu dengan sushi buatan uni yakni biras aku dan bukan buatan aku kali ni...saja2 sibuk masukkan dlm n3 aku jer...tgk dia buat mcm senang. tpi, malas nak buat coz cik asben aku tak brapa menggemarinya..setakat utk aku mkn, baik beli kat luar jer..

bahan2 untuk membuat sushi

gulung biasa dulu, baru ketat dan padatkan dgn menggunakan tikar sushi tu

barisan2 sushi yg masih belum dipotong

wajah2 sushi yg telah pun selamat dikendurikan oleh kami semua..

Home made sushi

Bahan2 nya:-
beras sushi
cuka sushi
sedikit gula
timun (dihiris agak nipis dan potong memanjang)
crab stick (rebus sekejap)
isi tuna dlm tin
sea weed
bambu / tikar sushi

Caranya:-
Masakkan beras sushi tersebut dan gaulkan dengan sedikit gula dan cuka sushi sehingga rata. dah sejuk dan rata beras tu, amik sesenduk beras tersebut dan ratakan di atas sea weed yang telah diletakkan di atas bambu / tikar sushi. rujuk pic no. 2. pas tu letakkan inti dia mengikut kepelbagaian citarasa masing2. gulung dahulu dan kemaskan dengan padat menggunakan bambu / tikar sushi. pas tu blh dipotong dan ngap...

cup cake pisang

semalam buat cup cake pisang coz t'tarik hati melihat kegebuan dan kelembutan cup cake pisang kak am ni...dah try buat, rupa cup cake ni tak la secantik dan segebu kak am punya. tpi, rasa dia memang sedap, lembut dari resepi yg amat senang, mudah dan sempoi..seperti nama asal kek ni iaitu kek pisang sempoi dari ownernya sofinar myresepi. asal adunan ni dalam bentuk kek, tetapi telah diolah oleh kak am ke saiz cup cake..lgi syok buat cup cake coz senang nak ngap...tpi, apa2 pun bentuk dan rupanyer...rasanya memang sedap..nengok pic ni..

aku tmbh coklat cip plak..


adunan aku isi ckit sgt dlm acuan..tu yg tak nmpak naik sama tinggi


sedap...cik asben kiter suka...

aku letak jgak la resepi kat bwh ni erk..kak am, minta izin cNp kat rumah kiter ni erk...

Kek Pisang Sempoi
150g pisang

3 biji telur

180g tepung gandum

180g gula - (Akak kurangkan 150g)

120ml minyak masak/sayur

1st ovellate

1st baking powder

1st soda bikarbonat
Caranya
Semua bahan di atas dimixer sehingga kembang.
Lenserkan loyang dgn sedikit minyak/butter.
Bakar selama 30 minit suhu 180°.
* Pastikan adunan separuh loyang sebab kek akan naik seganda










Thursday, January 27, 2011

asam pedas versi 1

asam pedas ni kan ada mcm2 jenis dan pelbagai resepi walaupun pada dasarnya bahan2 utama adalah sama. sebab itu aku letak asam pedas versi 1. ni antara spesis2 asam pedas yg aku pernah masak ler..amik rsepi kat uni...thanks..seperti biasa aku akan masukkan tauhu kosong dlm asam pedas aku ni..i like..

asam podeh...

Resepinyer:-
ikan pari (potong)
cili kering secukup pedas yg disukai (rebus)*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
*kisarkan semua sekali*
sayur bendi/tomato (optional)
1 ketul buah keras (tumbuk)
daun kesum
daun limau purut
air asam jawa secukupnya
garam dan bahan perasa


Cara memasak:-
Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. masukkan buah keras, daun kesum dan daun limau purut. masukkan ikan pari yg telah digaul dgn serbuk kunyit dan sedikit garam. masukkan perahan air asam jawa. masukkan sayur-sayuran yang dikehendaki dan yg disukai. pas tu masukkan bahan perasa dan garam...aku suka buat pekat2 kuahnyer ckit..



Tuesday, January 25, 2011

pameran alam semulajadi

bawa irfan dgn fmily g tgk pameran ni.cuti sekolah,anak2 buah dtg rmh.so,bwa la diorg jejalan ke tempat2 yg agak2 menarik kat ptrajaya ni..pagi ahad msa cuti sekolah disember last year bwa g brkfast&joging2 kat taman botani.
bru lepas main bola sepak

pas main bola sepak kat taman botani,g swimming pool kanak2 kat presint 9 mandi-manda. pas tu, kmi semua snggah ke presint 15. g tgk pameran alam semulajadi kat dewan diplomatik. kat cni slalu buat pameran, t'utamanya time2 cuti sek. ni...bayaran yg dikenakan RM2 utk individu yg b'umur 12 thn ke atas. yg ke bwh tu FOC jer..aku ada snap pic ckit2 kat dlm ni..tingkat bwh pameran binatang2 yg dah diawet. tngkt atas plak pameran batu-batuan pelik. tp, pic kat tingkat atas tak brapa nak ada sgt coz c irdina dah mengamuk nak tido..layan jer la serba sedikit gmbr2 ni k..

anak buah aku a.k.a angah wif harimau yg telah diawet

adik aku wif tapir kot?????

irfan...

mak aku wif rangka ikan paus zaman dinosaur dulu..

kakak iparku dgn anak2 dia ler...pas tu blik rmh semua tido kepenatan..sok pagi kna bgun awal coz nak g amik abg aku yakni asben kpd kakak iparku ni kat KLIA. dia bru blik dari b'tugas menguruskan jemaah haji di mekah..alhamdulillah....

irfan wif sepupu sepapat blah fmily aku dpt hadiah jubah dri pak ngah dia




my son & daughter

irfan sblm ni stay kat rmh bb sitter smpai umur dia 3 tahun.so, tahun ni dia dah 4 thn aku htr kat tadika nasyrah kat bwh opis aku ni...mggu pertama, dia memang berendam dengan air mata je la setiap kali smpai depan pintu tadika. skrg ni dah ok la..ni pic dia kat tadika msa dah ok dan dah biasa dengan alam persekitaran kat tadika tu...

irfan ni memang kaki posing..

selitkan pin ni plak. kat bwh ni pic dgn cousin dia..nama nur areena. klau tak b'jumpa seminggu, rindu dan sebut2 nama NA...pas tu, masing2 ckp lama dah tak b'jumpa. bila jumpa, tak sampai 5 minit jer dah b'gaduh. mcm2 yg direbutkannyer..dari sekecik2 barang hinggalah sebesar2 brg blh direbutkan dek diaorg b'2 ni..main jap, gaduh. main jap, gaduh..dgn cousin dia yg lain ok jer..dgn yg sorang ni..sama je budak2 dua ni..mula2 irfan usik areena, pas tu areena usik irfan plak..dah nama bebudak kan..sama jek..tpi, yg sebenar2 nya, diaorg ni memang kamceng dan close..

irfan & areena

pic ni saje je letak kat n3 ni..pic irdina pkai tudung..so cute...dah gaya muka c double D ni
lastly.......
*
*
*
*
*

 

bubur ayam wif brocoli

menu bb aku hri ni, bubur nasi yg dicampur dgn isi ayam & brocoli..sperti biasa aku akan cmpurkan ckit 2-3 keping ikan bilis utk memberikan rasa masin kat bubur tu..cara memasaknyer sma seperti n3 sebelum ni cuma gantikan isi ikan tenggiri tu dgn isi ayam yg telah dipotong kecil..pas tu., akan jadi la mcm pic kat bwh ni

bubur ayam dgn sayur brocoli

unan roti john

unan roti john ni dah famous giler kat ptrajaya dan kawasan yg sewaktu dengannyer..kalau bln pose, diaorg ni akan b'niaga kat bazar ramadan presint 2..masa tu, bru je diaorg nak pasang payung meniaga tu, dah ada jer org yg menunggu..klau lmbt, alamatnnya beratur panjang la dibuatnyer..kekadang smpai ke time nak b'buka pose pun pelanggan masih menunggu..gerai tetap roti john ni kat taman warisan, putrajaya..

ni ler gerai tu...

pelanggan2 yg setia menunggu walaupun time tu sorang je pekerja dia

aku pun tgh tggu turn jugak..tak brapa ramai lgi coz time ni org bru blik kejer..
ni la rupa roti john tu...nmpak mcm biasa2 jer kan...tpi, try dulu, baru tau..my MIL dri JB pun suka mkn roti john ni..klau trun putrajaya, mesti dia akan pergi beli