Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, October 17, 2011

aiskrim goreng

hari ni makan dessert aiskrim goreng..
kat luar mahai diaorg jual, smpai RM3.50 satu..
buat sendiri, boleh dapat banyak..
boleh simpan kat frozen, buat stok..
nak makan, amik dan goreng jer..
*
*
selepas di goreng..
*
*
rupa dalam dia...
sedap...
kalau tuang hershey's syrup yg perisa coklat atau strawberry tu lgi sedap..
tpi, makan mcm ni pun dah ok..
rangup di luar, ada aiskrim plak kat dlm tu..
nak try resepi ada kat bawah ni..
kalau malas, tpi nak rasa..
oder je dgn aku..he3..
aku amik resepi kat dzana
siap ada step by step tau...

AISKRIM GORENG
sumber : dzana

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak

Cara-cara:
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
- Skopkan aiskrim ke atas roti.
- Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
- Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
- Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
- Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas

Saturday, October 15, 2011

blueberry, strawberry & chocolate banana cheese tart

teringin plak nak mkn cheese tart ni masa BW blogger masakan lain..
dah pernah buat sblm ni...
hari ni repair balik skill dulu..
aku buat saiz medium..
puas ckit time makan tu..
tak blh makan selalu coz akan menaikkan segala lemak dan kalori kat perut nanti..
buat sendiri je coz mahal o....kalau beli kat luar..
saiz medium ni je hmpir mencecah RM2 seketui..
seperti biasa aku guna resepi dan tips dari kak azita, tokey cheese tart ni..
*
*
tart shell ni aku dah buat awal2..
*
*
sendiri nak makan,taruk la filling tu lebeh ckit..
*
*
3 flavour, yg coklat tu aku suka hati je buat..
nak try je dulu rasanya mcm mana..
*
*
sedap weh...
rasa cheese yg lemak digabungkan dgn rasa masam blueberry dan strawberry..
*
*
yang flavour chocolate banana ni pun sedap..
rasa coklat dan pisang, memang gabungan yg amat serasi bersama..
copy balik resepi kat sini k..

BLUEBERRY CHEESE TART
sumber: kak azita

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll


Friday, October 14, 2011

ikan bawal masak sos

lunch n dinner hari ni buat ikan bawal masak sos..
*
*
ikan bawal masak sos

RESEPINYA:

2 ekor ikan bawal - bersihkan
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cili kering secukupnya
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
daun sup
garam dan perasa

CARANYA:

- goreng ikan bawal dan ketepikan
- tumiskan bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. tumis smpai garing
- masukkan kesemua sos diatas bersama sedikit air
- masukkan garam, bahan perasa dan ikan
- angkat dan taburkan dengan daun sup




Thursday, October 13, 2011

sayur kacang buncis goreng

sayur kacang buncis goreng..
biasanya aku tak taruk capsicum tu, cuma ada lebihan buat spaghetti olio semalam..
aku taruk je la dlm nih..


RESEPINYA:

kacang buncis - buang urat dan hiris panjang
hati ayam dan pedal - amik dari lebihan beli ayam seekor
1/2 biji capsicum merah - optional
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi - hiris
sedikit serbuk perisa ayam
garam

CARANYA

- potong hati ayam dan pedal, pas tu gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam
- tumiskan bawang merah dan  bawang putih yg telah dihiris
- setelah agak layu, masukkan pedal dan hati ayam dan biarkan ia masak sebentar
- masukkan cili padi dan capsicum
- masukkan serbuk ayam dan garam serta sedikit air. siap..

Wednesday, October 12, 2011

spaghetti olio

dinner hari ni nak makan ala2 western la..
so, aku masak spaghetti olio..
resepi masak spagheti ni aku survey2 dan cedok2 dari beberapa blogger masakna lain..
pas tu, aku cmpur2 dan tolak2 apa yg patut..
buat mana yg ada stok kat rmh jer..
sumber inspirasi nak buat spaghetti ini dari kak iparku di damansara..
*
*
spaghetti olio

SPAGHETTI OLIO

1/2 paket spagheti
1/2 biji red capsicum
1 pkt sosej
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
daun parsley @ parsley flakes
perasa dan garam
minyak zaitun

CARANYA:

- rebus spaghetti dalam air panas yang telah dimasukkan dgn sedikit minya, supaya tak melekat
- angkat dan toskan sambil bilas dgn air biasa, ketepikan
- panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah didadu kecil
- masukkan lada capsicum yg juga telah didadu kecil. nak pedas blh tambahkan cili padi ketuk
- masukkan sosej yg telah dihiris serong dan serbuk perasa ayam. masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
- masukkan spaghetti, garam dan perasa. taburkan daun parsley yang telah dihiris beserta lada hitam. siap..


 

paru goreng cili padi

aku belajar makan paru ni dengan biras aku..
sedap rupanya paru ni...
sejenis anggota dalaman lembu, yang boleh dimakan selain dagingnya..
sedap digoreng rangup, buat rendang atau pun sambal..
hari ni aku masak paru dengan cili padi..
cara nak hiris paru ni, bila beli balik rebus dahulu..
rebus bersama asam keping utk hilangkan bau hanyir..
pas tu dah sejuk, baru boleh potong ikut suka hati..
*
*
paru goreng cili padi

PARU GORENG CILI PADI

paru lembu secukupnya
cili padi - ikut pedas
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
sedikit belacan
1 asam keping
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- goreng paru yang telah dihiris nipis sampai garing dan rangup
- kisar cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato dan belacan
- tumiskan di dalam kuali dan pastikan sambal cili tersebut benar2 masak
- masukkan asam keping, gula , garam, perasa dan paru. dah siap

ikan tongkol masak sambal

semalam punya dinner..
aku masak ikan tongkol sambal jer...
pas tu sup sayur utk anak2..
hari bekerja punya menu beb..
*
*
ikan tongkol goreng sambal

IKAN TONGKOL GORENG SAMBA

1 ekor ikan tongkol
cili kering - rebus
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan - optional
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- goreng ikan tongkol, jangan garing sangat. kang keras
- kisar cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih
- panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi
- pastikan cili benar2 masak, masukkan sedikit air asam jawa
- masukkan gula, garam, perasa dan ikan. siap...