Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, November 22, 2011

dinner sempena bola sepak final

aku masak simple je mlm ni sbb nak cepat..
nak cepat siapkan masak, nak cepat siapkan anak2, nak cepat prepare baju dan brg2 utk esok keja..
semua nak cepat..
gara2 nak layan bola pukul 8 kat TV..
dinner pun depan TV..
nasib baik Malaysia menang..
suka.....
*
*
daging goreng kunyit
super hot punya..
dlm proses nak menghabiskan stok daging korban..

DAGING GORENG KUNYIT

daging - hiris
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
cili padi * - ikut tahap pedas yg diingini
serbuk kunyit
garam dan perasa

CARANYA:

- hiris semua bahan yang bertanda * dan tumiskan kecuali bawang besar
- dah layu dan wangi, masukkan daging dan serbuk kunyit
- masukkan air dan masak sehingga daging tu lembut
- daging dah lembut, masukkan bawang besar, garam dan perasa
- tunggu sehingga air tu agak kering dan dah siap..

*antara petua yg blh digunakan untuk melembutkan daging ialah masa rebus daging tu masukkan sudu sekali atau sebiji panadol atau akar daun pandan. aku biasa guna cara 1. rebus sambil masukkan sudu camca dlm periuk rebusan tu..
*
*
bayam goreng utk anak2..
aku guna spesis bayam daun bulat..

BAYAM GORENG

1 ikat sayur bayam
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *- buang biji
ikan bilis

CARANYA:

- hiriskan bahan2 yang bertanda * dan tumis
- dah agak garing, masukkan sayur bayam tadi dengan sedikit air
- masukkan garam dan dah siap





1 comment:

  1. kecur air liur akak tgk 2 menu ni... hehe.. pewot tgh lapar...

    ReplyDelete