Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, August 9, 2011

juadah berbuka puasa hari ke-8

setelah 2 hari menyepi coz tuan tanah balik JB, hri ni baru nak bersiaran kembali..
buka pose utk hari ke- 8 nih, aku buat ayam masak paprik, sup sayur & sotong goreng kunyit..
 cik asben wat air soda gumbira..
*
*
ayam masak paprik..
aku ceduk dari rumah kak janna..
aku CNP kat cni plak k..minta izin ye kak...

Ayam Masak Paprik
Sumber :kak janna

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2

Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit)
- Sedia untuk di hidang.

*Sedap di makan panas2 dengan nasi putih.Selain ayam boleh juga guna daging dan udang. Anda juga boleh guna sayur2 lain yg anda suka seperti kacang panjang atau kacang buncis, brokoli serta tomato.
*
*
sotong goreng kunyit

Resepinya:-
sotong secukupnya
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris bulat
cili padi - pecahkan (yg ni aku tak masukkan coz irfan nak join makan)
kacang panjang - patahkan jer..

Caranya:-
- tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi
- setelah agak layu, masukkan kacang panjang
- pas tu masukkan sotong, jgn masak sotong terlalu lama..kang liat
- pas tu masukkan perasa, dah siap..
*
*
sup sayur adabi..
coz aku guna perencah sup sayur adabi..
*
*

sumber : cik google, tu yg tak berapa clear..
cara nak masak sup sayur ni, korang ikut je la step dia kat blakang paket tu..
*
*
soda gembira a.k.a air soda bandung...
kat indonesia, diaorg panggil soda gembira..
agaknya lepas minum air ni, org tu akan rasa gembira je kot..he3..
nak tau cara klik kat cik mat gebu
cikasben yg buat, kurreng kaw ckit..
tpi, ok la..
org pose yg buat..
lgpun, bukan senang cik asben aku ni nak ke dapur..
dia bab2 mengemas dan jaga anak memang tip top..
cuma, bab2 ke dapur ni agak kurrrrenggggg cikittt........cikit jer...
tpi, aku copy je la dri rumah CMG nih..


BAHAN-BAHANNYA :-)
sumber :-CMG
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
-Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
-Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.

No comments:

Post a Comment