hri ni masak simple jer..
ikan keli goreng berlada dan masak lemak sayur kubis je..
pas tu utk sahur, buat sup sayur..
time sahur2 klau makan kuah yg lemak2 ni, cik asben aku failed ckit..
so, dia request sup sayur utk sahur..
tpi, gmbar sup sayur x de la..
aku masak pkul 4.30 pagi weh..
dah tak ingat nak snap gambar apa pun..
mata plak tgh tiong miong time tu..
*
*
ikan keli goreng berlada
Resepinya:-
ikan keli - cuci dan rendam dgn limau kasturi/nipis
cili padi- ikut pedas
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji tomato
sedikit belacan - optional
1 ulas bawang besar - hiris bulat
Caranya :-
- goreng ikan keli sehingga agak garing
- tumiskan bahan kisar iaitu cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan dan tomato
- setelah masak dan pecah minyak, masukkan bawang besar dan bahan perasa
- masukkan ikan yg telah digoreng tadi
*
*
masak lemak kubis dan tauhu
Resepinya:-
kubis
1 ketul tauhu
1 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
santan
Caranya:-
- tumbukkan bawang merah bersama ikan bilis
- masukkan dalam santan dan kacau dengan api perlahan, kang pecah minyak
- pas tu masukkan sayur kubis dan kacau lagi
- last sekali masukkan tauhu dan perasakan
*
*
jus limau asam boi..
ha..amik kau..
dgn jug2 dia skali aku interframekan..
utk juadah berbuka puasa hari ke-6 dan ke-7 ni takkan ada dlm blog aku..
coz aku blik berbuka di JB, rumah my MIL..
gantung kuali la 2 hri ni..
selamat meneruskan b'puasa kengkawan semua..
balik kampung.........
balik kampung.........
wah..menyelerakan..blh cuba nnt nie.. ;)
ReplyDelete