Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, March 25, 2011

kek lagi

citer ni kesinambungan dri n3 sblm ni k. pas aku dah siapkan oder utk JPAM tu, aku godek lgi 2 jenis kek.  kek karamel utk kak ana. brownies ni plak sesaje aku buat utk mkn2. xceli, nak bawa kek2 ni g rmh mkcikku di ulu yam. ada knduri kawin anak lelakinya dan merangkap cousin aku la...brg2 semua dah siap packing, tggu cik abang den ni balik kojer je..pas tu, kami trus cabut la ke sana..

*
*
*
kek karamel sblum dimasak. kak ana request wrna hijau + plain
*
*
*

ready to delivery. resepi kat n3 sebelum ni 
*
*
*

brownies
*
*
*

sedap..so chocolatey...
*
*
*

ada baki buttercream, aku taruk kat atas brownies tu.
resepi aku amik dari kak azita. minta izin CNP ye kak...

Bahan A :
2 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan mentega cair
1 cawan susu cair (saya guna susu rendah lemak)
1 cawan air panas

Bahan B (pukul sedikit) :
2 biji telur
1 camca teh esen vanilla

Bahan C (diayak) :
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada 175 darjah Celcius selama 10 minit.
  2. Gliskan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak ataupun baking paper. Biarkan ada lebih dikedua hujung yang panjang (senang nak keluarkan brownies nanti).
  3. Satukan Bahan A dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau rata lagi.
  5. Masukkan pula Bahan C dan kacau rata lagi.
  6. Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40 - 45 minit.


Topping Cokelat :

Bahan-bahan :
250gm cokelat masakan
1 camca besar mentega
1 camca teh susu cair

Cara-cara :
  1. Panaskan cokelat masakan menggunakan kaedah double-boiler.
  2. Bila cokelat dah cair, matikan api dan masukkan mentega. Kacau rata.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Curahkan ke atas brownies yang telah disejukkan dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri.

3 comments:

  1. resepi kek karamel dah ada dlm n3 sblm ni8...yg brownies tu kang yanie tepek k.sori, tak perasan da......

    ReplyDelete