Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, February 23, 2011

roti jala versi aku

aku ni b'semangat la nak buat roti jala petang semalam. adunan tepung dah disiapkan. dah bbuh kaler pink dan hijau coz kaler kuning tak de dlm koleksi simpanan aku...ada 1 lgi brg nak buat roti jala ni yg aku boleh tak perasan iaitu acuan dia la...nak kuar hujan lebat plak. cik abg aku g putra heights, tlg akak dia pindan barang2 dri opis lama ke opis baru. nak tggu dia blik ntah pkul brapa pun tak tau. aku pun masak je la wat rupa macam lempeng mak2 kita zaman dolu2 tu....dah gaya kuih ketayap pun ada...lantak ko la labu....
aku dah malas nak pikio panjang2...janji rasa sedap walaupun rupa dah tak macam roti jala..tak silap aku rasa roti jala tu semua sama jer..yg buat dia sedap atau tidak, kari yg dimakan bersama dengan kuih tu yg mesti sedap..baru la semuanya sedap di makan. resepi roti jala ni aku amik kat rumah kak liyana ni. tpi, kari daging tu aku wat ikut stail mak aku.

kira roti jala la ni...korang gelak la puas2..
tak per.....


bukan roti jala la..tpi, roti jalan da...

Resepinya:-
sumber : liyana sampol
bahan:
2 mug tepung gandum
2 1/3 mug air
sebiji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit

cara:
1. blend semua bahan kemudian tapis
2. panaskan non stick pan dan tebar gunakan acuan jala ataupun boleh gunakan jari jemari saje
3. bila masak, bater akan lekang dan tanpa gunakan spatula tuang aje atas pinggan
4. gulung/lipat ikut citarasa
* boleh dapat >20 biji roti jala

 kari ayam:
2 keping isi ayam-potong kecik
1 biji kentang russet- potong kecik
1/2 ulas bawan besar -mayang
sebiji bawang putih- slice
sehiris halia
2 sudu besar serbuk kari ayam
2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam + aji secukup rasa

cara:
1. tumis ayam dgn bawang2 dan serbuk kari sampai naik bau
2. masukkan air dan kentang
3. dah boiled, masukkan santan dan kecikkan api
4. masukkan garam + aji secukup rasa. biarkan sehingga empuk

selain makan dgn kari ayam, dgn kurma ayam pon sedap...
bagi roti jala berinti pon sama caranya..bezanya inti tu mcm inti karipap

kari ayam versi mak aku:-
1/2 ekor ayam yg dipotong2
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci hali -  hiris
1 kuntum bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 pkt serbuk kari daging (bancuh dengan air)
1 sudu besar kerisik
santan secukupnya
1 sudu besar air asam jawa
garam dan bahan perasa
1 kiub pati ayam
kentang / carrot (optional)

cara2nya:-
panaskan minyak masak. masukkan bahan2 hiris, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari. tumis sehingga naik bau. masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. masak dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. masukkan ayam dan santan. masukkan perahan air asam jawa, kerisik, garam, bahan perasa dan kiub pati ayam. masukkan kentang dan carrot. masak sehingga mendidih.

4 comments:

  1. nape yanie tak guna serbuk kunyit? tak pe, janji kari mantop.

    ReplyDelete
  2. takut rasa kunyit plak..tak rasa kunyit sgt ker???

    ReplyDelete
  3. 1st time tgk versi ni...nak gelak gak....apa2 pun kari tu nampak sedap

    ReplyDelete
  4. ni la versi guna je apa yg ada kat dapur tu..ha3..

    ReplyDelete