salam..nak citer ckit pasal sejenis spesis ulam-ulaman yg aku tak gemor sebenarnya, yakni ulam jering a.k.a jengkol (ntah betul ke tidak aku eja tu). tpi, bla dah di transformasikan kepada masakan ni, aduhh..sedap giler la plak..rasa pahit dan bau jering tu semasa mentah dah tak ada la...aku makan punya la banyak smpai esoknya aku ulang alik ke toilet sebanyak 4 kali menunaikan hajat besar.
1 tandas b'bau jering da..mak aku ckp, 'perut ko tak tahan..mkn la banyak2 lgi'...nak wat mcm mana??? dah sedap...aku prepared bahan2, nak masak je si kecik menangis. so, mak aku la yg sambung.
alasan, dah malas la tu. kita layan pic kat bwh ni dulu....
jering goreng ikan bilis
close up punya gambar..
Resepinya:
10 keping jering tua dihiris nipis
ikan bilis secukupnya
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
1/2 inci belacan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam, gula dan bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara2nya:-
goreng sekejap jering tu. angkat dan ketepikan dulu. kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. tumis sampai pecah minyak. pas tu masukkan serbuk kunyit, ikan bilis, jering, garam, gula dan bahan perasa. gorengkan hingga masak. sedap dimakan dgn nasi putih dan kicap manis cap kipas udang. kicap kegemaran aku tu...
No comments:
Post a Comment