Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, August 6, 2012

juadah berbuka puasa hari ke 13

untuk berbuka hari yang ke 13 ni, aku masak soto je. si abang ni nak makan mee. dia ckp asyik makan nasi jer...ao, aku buat soto. ada mee dan nasi impit. complete...

dah pernah buat kat sini sini. guna rempah soto kegemaran aku la....



senang, mudah dan sedap. nak masak utk sup biasa pun blh..

juadah berbuka puasa hari ke 12

minggu lepas yang busy. 2 hari kena mengangkut si kecik masuk opis sekali sbb BS balik kmpg, datuknya meninggal. cuti yg ada nak standby utk raya dan hujung thn. so, kena bawa la si kecik ni sekali bekerja. nasib baik bos aku ni sporting giler..terima kasih bos....gambar ni dah ku peram bagai jeruk dalam pc aku..masak berbuka pose hari tu....


kali ni buat kelainan sikit, aku masak siakap tomyam..gambar tak menunjukkan ikan siakap langsung..ha3...

SIAKAP TOMYAM
1 ekor ikan siakap
2 uals bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul kiub tom yam
2 sudu makan cili kisar
cili padi ketuk - ikut pedas
serai - ketuk je
daun limau purut

CARANYA:
- bersihkan ikan, gaul dgn garam dan kunyit. selepas itu, gaulkan dgn tepung jagung dan goreng. angkat dan ketepikan.
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. masukkan cili kisar, serai dan daun limau purut.
- masukkam sedikit air, cili padi dan kiub tom yam. perasakan dan masak sehingga kuah agak pekat. aku masukkan tepung jagung sikit nak bagi pekat.
- bila nak dekat waktu berbuka, baru tuang kuah atas ikan.





tauhu kukus. resepi aku refer dayang jack

TAUHU KUKUS
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional -tak letak
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar - tak letak
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan

 













Tuesday, July 31, 2012

fiszah_pjo first Giveaway : sedondon ceria!

dah lama tak join contest. try je la contest anjuran fiza ni. gambar raya tahun lepas, kami sekuarga sedondon berbaju raya maroon colour.



 so kawan2, jom lh join...senang je...

syarat-syaratnya
1- copy banner Fiza dan harus letak di entry anda serta linkkan ye
2- jadi follower Fiza ye..
3-sedondon ceria ini terbuka ye..tak kisah la, anak beranak ke, suami isteri ke, adik kakak ke, kawan-kawan2 ke..asalkan sedondon yang ceria.korang buat entry dan letak gambar ceria korang tu ye..
4- da setel sila kasi link kat blog Fiza di ruang komen di bawah ye (http://piecesofbrown.blogspot.com/2012/07/fiszahpjo-first-giveaway-sedondon-ceria.html)

hanya ada dua pemenang bertuah yang akan terpilih..
1- berdasarkan pilihan juri- suami Fiza dan Fiza
2- random.org

hadiah nya adalah
pemenang 1:akan menerima wang tunai RM35
pemenang 2.akan menerima wang tunai RM20

Thursday, July 26, 2012

kami nak memborong di pasar borong..

bahan2 basah biasa aku beli kat pasar borong selangor, di seri kembangan. kat putrajaya ni mahal giler..kat pasar borong harga lebih murah dan boleh tawar menawar. tukang minta diskaun, cik asben la. aku ni spesis tak reti nak tawar menawar ni. harga klau dah tulis mcm tu,mcm tu jugak la aku bayar. biasa beli stok seminggu. aku selalu pergi hari ahad pagi, dlm pukul 10 sebab byk ikan dan seafood yang fresh2. sayur pun segar bugar lagi masa tu. sebenarnya, bukan nak citer pasal pasar borong tu, nak citer gelagat anak2 aku sebelum nak ke pasar borong ler..

si adik ni bila nampak kita pakai tudung, dia pun sibuk la nak pakai..


turn abang plak bergaya dengan troli pasar..


sebenarnya, diaorg berebut nak tolak troli ni..takkan nak kena beli 2 kot...





menu berbuka pose semalam, day 5

tak bersemangat sgt nak update sebab kamera masih belum ada pengganti, dlm proses..tpi, x beli la DSLR tu..yg biasa2 jer..janji gambar cantik. aku masak simple2 jer, nak cepat. smpai rumah dah pukul 5.30ptg. kena masak cepat2 sebab pas tu nak uruskan anak2 plak..



pernah buat kat sini sebelum ni. tengok kat ayam goreng kunyit



pernah juga buat sebelum ni kat sambal sotong kembang. buat juga sup tom yam putih utk anak2, tapi gambar lupa nak snap..


jus carrot susu, cik asben yang buat. bahan2nya, cik asben ikut suka hati dia jer..

desser iftar hari ke-3

permintaan cik asben, nak pavlova sbg dessert berbuka pose hari tu..baru sempat nak masukkan kat sini

dah pernah buat sebelum ni, refer SINI ye..


bila nak buat kuih je, mesti ada tukang sibuk ni ha...

janagn tiru gaya ni, merbahaya. kena awasi pergerakan anak setiap masa..






Friday, July 20, 2012

Mari kita semua membantu anak kecil ini

Ya Allah, kasihanilah anak kecil ini. sembuhkan lah penyakitnya..amin..



copy paste dari mama aleen


SHARE !!

ASSALAMUALAIKUM..

MARILAH KITA DAPATKAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA DENGAN CARA YANG MUDAH :-

1. BERSEDEKAH

2. SHARE

LETAK DI WALL MASING-MASING, BAYANGKAN PAHALA YANG MASUK DALAM AKAUN

AMAL KITA DISANA, INSYALLAH PERBUATAN YANG BAIK AKAN DIREDAI ALLAH,

BANTULAH ANAK INI SEDAYA YANG MAMPU.. BISMILLAH..


Angah berumur 5 tahun, menderita penyakit Leukimia dan kanser pada duburnya..
ASFA ZURA MOHD NOOR 162311000302 MAYBANK




info lanjut - http://www.aaudb.blogspot.com/

bila tengok anak ekcil ni, terus teringat kat anakku irfan. sebaya dengan irfan.

sama2 lah kita derma.. semoga Allah merahmati orang yang membantu Angah..