Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, August 6, 2012

juadah berbuka puasa hari ke 12

minggu lepas yang busy. 2 hari kena mengangkut si kecik masuk opis sekali sbb BS balik kmpg, datuknya meninggal. cuti yg ada nak standby utk raya dan hujung thn. so, kena bawa la si kecik ni sekali bekerja. nasib baik bos aku ni sporting giler..terima kasih bos....gambar ni dah ku peram bagai jeruk dalam pc aku..masak berbuka pose hari tu....


kali ni buat kelainan sikit, aku masak siakap tomyam..gambar tak menunjukkan ikan siakap langsung..ha3...

SIAKAP TOMYAM
1 ekor ikan siakap
2 uals bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul kiub tom yam
2 sudu makan cili kisar
cili padi ketuk - ikut pedas
serai - ketuk je
daun limau purut

CARANYA:
- bersihkan ikan, gaul dgn garam dan kunyit. selepas itu, gaulkan dgn tepung jagung dan goreng. angkat dan ketepikan.
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. masukkan cili kisar, serai dan daun limau purut.
- masukkam sedikit air, cili padi dan kiub tom yam. perasakan dan masak sehingga kuah agak pekat. aku masukkan tepung jagung sikit nak bagi pekat.
- bila nak dekat waktu berbuka, baru tuang kuah atas ikan.





tauhu kukus. resepi aku refer dayang jack

TAUHU KUKUS
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional -tak letak
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar - tak letak
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan

 













No comments:

Post a Comment