Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, September 10, 2012

mee suah

aku buat mee suah untuk breakfast sabtu baru ni. sedap makan dengan kicap dan cili potong. aku buat tak pedas supaya anak2 boleh join makan sekali..mee ni pas masak kena terus makan sebab dia akan mengembang dan menyerap kuah sup tu klau dibiarkan aje. tapi, klau aku nak makan lagi, aku akan tambahkan sikit air dan panaskan semula.




MEE SUAH

1 paket mee suah
2 ulas bawang putih - ketuk je
fish ball - belah dua (aku guna sotong ball)
air
sayur-sayuran yang disukai
1 ketul kiub pati ayam
serbuk lada putih

CARANYA
- panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
- masukkan fish ball dan air. air tu untuk sup, ikut banyak mana kuah yang korang nak
- masukkan kiub pati ayam dan sayur
- masukkan mee suah, serbuk lada putih, garam dan perasa.
- tggu sehingga mee masak. nak pedas boleh masukkan cili padi ke dalamnya

3 comments: