Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, March 5, 2012

pulau langkawi - day 2

hari kedua kami kat langkawi..
bangun pagi, breakfast kat area pantai chenang dan merayau-rayau dengan berpandukan peta..
kononnya nak melawat tempat2 yg best kat langkawi..
dengan pembaca peta yg pro macam aku..
berpusing-pusing dibuatnya..duk jumpa tempat yang sama jer..
sampai kat area kabel car, tapi tak ready nak naik..aku gayat ler..
pusing punya pusing, jumpa taman buaya. masuk jer la..
tiket dewasa RM15.00 seorang dan separuh harga utk kanak2..nasib baik irdina free..
showtime main dengan buaya adalah pukul 11.15 pagi dan 11.45 pagi masa utk bagi buaya2 tu makan..
cik asben cakap, buat apa la kita masuk kat tempat yang kat KL pun boleh tengok..
nak wat macam mana? dah masuk pun..

gambar2 kat taman buaya
pas tu kami pegi cari wildlife birdpark..
tiket dewasa RM12.00 sahaja..
best masuk sini, semua binatang kita blh pegang kecuali ular..berani dengan tak berani jer nak pegangnya...
pas g wildlife birdpark, pergi pekan kuah cai makan kat pasaraya yang ada aircond..
panas betul cuaca kat luar. dah la cermin kereta tu macam akuarium. tak bertinted..

kat wildlife birdpark

main dengan burung2..


pas tu g dataran lang
dah settle bergambar2 kat tempat yang panas terik ni, terus balik hotel. tido jap, pas tu g mandi pantai lagi kat belakang hotel..pas mandi, siap2 untuk cari makan. cari makan kat area pantani chenag jer..

muka2 yang menunggu makanan sampai..oder agak lambat sampai kerana tempat ni memang penuh dengan pelanggan. pelancong mat saleh pun ramai..
irfan dah tak larat nak makan sebab dia mengantuk sesangat..penat dengan aktiviti yang penuh dan tak tido siang. org tengah makan, dia sibuk ajak balik..

makan kat restoran haji ramli, kat pantai chenang..harga berpatutan dan makanan yang kami oder semua sedap malam tu..tom yam dia memang kaw, ayam goreng kunyit portionnya banyak, sotong goreng tepung best dan telur bungkus thai pun sedap.total kami makan termasuk air hanya RM31.40 sahaja..
pas makan jejalan sekejap dan terus balik hotel, tidur..

No comments:

Post a Comment