semalam pose ganti dan pose sunat bersama dengan cik asben. aku dah start lama pose ganti ni..wat sikit2..
lama2 habis la..buktinya, dari 8 hari aku kena ganti pose, dah tinggal 3 hari jer lagi..
korang semua dah start ke??pose dah nak dekat ni weh.,diam tak diam je masanya sampai..
tak larat nak ganti pose time nak dekat bulan ramdhan nanti. macam tahun lepas, aku terkejar2 nak ganti smpai seminggu direct kena pose..ponet weh..so, marilah kita sama2 ganti pose awal2 k..
menu org berbuka pose semalam memang besar weh..cik asben aku la..
ketam goreng telur masin..sedap, cuma bagi aku bila nak sedut kat sepit2 dia tu tak rasa nikmat sangat sebab masakan ni tak berkuah..dia kering, sebab bergoreng..resepi aku amik kat kak ayu singapore
minta izin share dan copy kat sini k..
KETAM GORENG TELUR MASIN - Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )
- 3 ekor ketam bunga (yang besar)-(Ayu gunakan 3 ekor ketam batu/nipah)
- 5 biji kuning telur masin-(Ayu gunakan 4 biji saja- ikut macam Seri juga letak putihnya sekali,)
- 5/6 batang cili padi (dihiris halus)
- 2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
- 2 sudu makan mentega
- 3 sudu makan susu cair
- 2 sudu teh gula -
- garam & lada sulah secukupnya-( Ayu tak letak garam sebab putih telur asin dah masin)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
- Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.-(Ayu tak kukus pun pecahkan aje terus dalam kuali)
- Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
- Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
- Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hingga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
- Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
- Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari
KERABU MANGGA
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan (aku gantikan dgn sos tiram dan dibancuh dgn sedikit air panas)
Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.
pas tu, untuk dessert aku buat puding roti bersama sos kastard. yang ni memang aku teringin nak makan. tpi, time berbuka makannya sikit ajer..tak pe, simpan dalam peti ais lagi sedap tau..
baru siap bakar..simpan dalam peti ais dulu. nak berbuka baru potong2 dan makan bersma sos kastardnya.
aku buat tak manis untuk based puding roti ni sebab sos kastard tu dah manis..
sedap makan time sejuk..lega je masuk ke dala perut orang yang berpuasa seharian..
Bahan-bahan ( 1 happy family )
- Bahan A
- 500 ml susu segar/fresh milk
- 8 keping roti (gardenia/high 5)
- Bahan B
- 4 s/b gula halus
- 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 s/b tepung jagung
- 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
- 1 s/b buah pala *(optional)
- Bahan C-kuah
- 1 tin susu cair
- 2 s/b tepungkastad
- 2 s/b gula
Cara-cara
- Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
- Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
- Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
- Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
- Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang
No comments:
Post a Comment