Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, May 31, 2011

Restoran Saba

aku g makan kat Restoran Saba, Cyberjaya...
restoran nasi arab yang famous......
mkn kat situ sempena farewell party sorang pegawai unit yg akan bertukar ke cawangan KL...dekat jer...
untuk makluman, dlm bulan mei ni jer, dah 4 kali aku mkn kat cni..
bertambah gemuk n montel aku dibuatnya...
restoran ni sentiasa penuh, lagi2 masa lunch hour..
sampai je cni, terus kna cari tmpat duduk dulu...
nak cari parking keta pun susah..
operasi dari 12.30 tgh sehingga 12.00 tgh mlm..
*
*
ni buku menu dia la..
*
*

yang dlm bulatan tu la org yang dirai..
*
*

gambar ni diambil sebelum keluarnya isu kehalalan minuman ni..
*
*

my one, lemon juice.. sedap tau...
aku memang rekomen la kepada semua..
*
*

chicken kabsyah RM10.00..
portion yang memang banyak dan membuatkan kita hampir2 berhenti kekenyangan..
di saat2 akhir makan ni, aku kena kayuh slow2..
kenyang giler...
nasi yang tak jemu dimakan walaupun hanya dengan ayam dan sedikit samabal..
*
*

ha3...licin..
ni la breakfast, lunch n dinner aku..
coz memang banyak dan kenyang giler dibuatnya..
*
*

bil utk 16 orang makan...
service tax dia yg mahal tu...
nasib baik la service ok..klau tak, nak komplen je.....



Monday, May 30, 2011

kursus di lumut

dah lama tak update blog.......
tuan rumah bz ckit lately ni....22-25 mei hari tu aku kna g kursus di lumut...
bukan kursus utk naik pangkat tau, tpi kursus biasa yang di mestikan oleh pegawai untuk menghadirinya...
utk SKT skali la...
aku pergi dengan meninggalkan hero2 dan heroin aku dijaga oleh opahnya...
aku terpaksa mengimport mak dan ayah aku utk tgk2kan diaorg semua..
tak banyak pic yg aku amik pun..
atee...dah namanya pun berkursus...
sambil tu kiranya cuti2 malaysia la...
cuti dari jadi tanggungjawab seorang istri n ibu....
tapi....RINDU bila dah berjauhan dengan anak2 ni...
jgn citer panjang...kita layan.........
*
*
kursus yang aku hadiri..
*
*

pemandangan dari bilik..berbentuk apartment yg mempunyai 2 bilik
Marina Cove Resort, Lumut, Perak
3 star jer.....
*
*

ruang tamu..
*
*

bilik landing...
*
*

xpress shopping di lumut..
*
*

ikan bilis segar...
harga murah ckit la dri kat putrajaya
*
*

kropok ikan...
*
*

yang sempat aku borong bawa balik....

Wednesday, May 25, 2011

kek coklat very moist kukus

dlm banyak2 resepi kek coklat kukus yg pernah aku buat...
aku dah terjatuh hati dengan resepi kek yg ni...
sedap, lembut giler smpai melekat kat gigi...
nak buat pun senang..
sumber resepi ni aku amik dah lama...
aku lupa dari blog mana aku amik coz aku CNP resepi ni n bubuh dlm folder lain..
rasa2 bila tgk bahan mcm resepi kek coklat kukus chef zubaidah..
tpi, bla aku singgah blog masakan lain n intai, resepi chef zubaidah ni sukatan dia guna gram..
rsepi yg aku dpt ni sukatan dia paling senang coz guna cawan jer...
sesapa yg perasan resepi ni sma n sebijik dgn dia punya...
bgtau k..nanti i link kat dapur u tau...
aku lgi suka klau tau sumber resepi ni coz blh CNP je resepinya nanti kat cni...
tak payah nak penat2 taip semula kat cni...
*
*
aku kukus dlm bekas aluminium jer..
*
*

lembut seh...
*
*

nengok la tekstur isi perut kek ni...moist gituw..

Resepinya:
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko 
1 sudu teh baking pwder
1 sudu teh soda bikarbonat

2 biji telur gred A
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak - nak sedap lagi gunalah minyak mazola

1 cwn air panas

Caranya:
Pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati. (tak pakai guna mixer)
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi.
Last sekali, masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan siap sedia dikukus. kukus selama 1 jam.
Balut tudung pengukus & kukus dengan api sederhana kecil...

Untuk topping:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

- Msak secara double boiler / biarkan sebentar & curahkan atas kek
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni tak de kena mengena dgn kek yg kat atas tu k...
ni utk selingan tatapan aku jer...

muka sedey irdina dgn headband barunya yg cik abg pos laju hantarkan tdi...




Saturday, May 21, 2011

award dari kak amie

dapat award dari kak amie coz follow dia...
smbil tu dpt la kenalan maya baru...
*
*
trima kasih kak amie..
yes...friendship forever...

telur puyuh masak sos

hai........................mowink.........
dah lma rasanya tak mkn telur puyuh ni...
kebiasaannya, telur ni mesti direbus dahulu sebelum kita nak masak apa menggunakan telur ni..
tak pernah la plak jumpa org goreng telur yg cenonet saiznya ni..
sumber resepi, campak2 jer...kita yg masaknya..
*
*
*
telur puyuh masak sos
*
*
close up ckit......

Resepinya:
20 biji telur puyuh
1 labu bawang besar
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam dan perasa

Caranya:
Rebus telur sehingga masak dan kupas kulitnya, ketepikan. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram. Masukkan telur puyuh dan bawang besar yang telah dihiris bulat. Masukkan garam dan perasa. Dah siap. Aku memang suka masakan yg simple mimple ni..

*petua utk pastikan telur rebus tu betul2 masak adalah dengan msukkan sedikit beras semasa nak rebus telur
  tu. bila beras tu dah jadi macam nasi, maknanya telur rebus anda tu memang comform la dah
  masak.

sambal sotong petai

tetiba jer teringin nak mkn sotong sambal petai..
aku pun bergegas ke pasar mencari sotong dan petai...
blik je keja ptg tu, terus terjun dapur memasak...
nikmatnya rasa...lebih2 lgi makan dgn nasi putih...
sapa tak makan petai....rugi woo................
*
*
*
sambal sotong petai...

Resepinya:
sotong
petai
cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
air asam jawa
garam
gula dan bahan perasa

Caranya:
Sotong dibersihkan dan dipotong sederhana besar. ambil isi petai dan rendam sementara untuk memudahkan lapisan kulit putih isi petai tu tertanggal. kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan petai. kacau sebentar dan masukkan sotong. jgn masak lama sgt sotong tu nanti kecut...masukkan air asam jawa, gula , garam dan bahan perasa. dah siap...

Sunday, May 15, 2011

kek karamel

repeat oder dari opismate aku...
jue amir....
wat mkn2 utk anak dia yg dah berumur setahun...
actually b'day anak dia dah lepas...
ni kira wat utk anak dia yg masuk umur 1 tahun...
*
*
kek karamel wif peach..
*
*
biasala...............
kalau ada org oder je kek karamel dri aku...
aku mesti dpt extra oder punya dri cik asben aku..
aku buat la 2 loyang...
cik asben aku ni memang addict dgn kek ni...
tak smpai 2 hari, dah tggl suku kek tu dikerjakannya...
*
*

jemput makan.....
*
*

kek karamel...resepi refer cni k

bihun goreng singapore

breakfast aku pagi ni @ 14 mei 2011, bihun goreng singapore.....
tak tau la betul ke idak namanya..
sbb klau kat kedai tu semua org sebut bihun goreng singapore...
mungkin sbb warna dia putih kot???
makan dengan sambal kicap, sedap seh...
*
*
bihun goreng singapore
*
*

jemput makan......
sumber resepi aku rasa time aku mkn bihun ni kat kedai n jenguk2 dlm tenet..
kalau ada yg sama tu kira aku amik kat tmpt korang la erk..
nak link dah tak ingt yg mna 1 coz aku jenguk byk tempat...

Resepinya:
1 pkt bihun - rendam
isi ayam secukupnya - potong kecil
carrot - aku parut je
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
ikan bilis secukupnya
lada hitam - tumbuk
2 sudu besar cuka makan
garam
bahan perasa

Caranya:

Tumbuk ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan dlm kuali dan masukkan isi ayam. tggu sehingga isi ayam agak masak. Masukkan carrot dan lada hitam. Masukkan bihun tadi dan gaul sehingga sebati. Masukkan cuka dan kalau bihun tu masih agak keras, masukkan sedikit air. Lepas tu masukkan garam dan bahan perasa. Siap..






Saturday, May 14, 2011

kek coklat indulgence ala2 SR

setelah masuk blog kak wan, aku teringin plak nak mencuba resepi kek indulgence ni..
cara pembuatan yg memang remeh dan hampir2 membuatkan aku stop 1/2 jln dlm nak buat kek ni..
tpi..rasa memang sedap dan ada ala2 SR...
tak sepenuhnya mcm SR la...
kang tutup plak SR tu nanti..he3..
muka dan isi perut kek aku ni tak secantik dan selawa kak wan
tpi, rasa dah ada kot...
*
*
dah tak nampak lapisan coklatnya..
*
*

kek coklat indulgence..
resepi aku copy dari kak wan ajer...tima kasih kak

Chocolate Indulgence Cakes

Chocolate Chiffon
Bahan A

30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan :  Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam.  Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya.  Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk.  Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.



ayam masak merah

xceli aku dah beberapa hri masak lauk ni..tpi, nak post dlm blog x dpt coz dah beberapa hri blog status service unavailable..
cik asben aku suka mkn ayam masak merah ni...
asal ada ayam je suh masak ni...
aku plak yg dah jemu...
sumber resepi mak aku ler...
*
*
*
ayam masak merah

Resepinya:
ayam - dipotong2
cili kering - rebus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai - ketuk
sos cili
sos tomato
sos tiram
1 keping kulit kayu manis
1 ketul buah pelaga
1 ketul bunga lawang
gula
garam dan bahan perasa

Caranya:
Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak, angakt dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sma, tumiskan cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar sebelum ini. Lepas tu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan ayam dan kalau kuah tu pekat sangat tambahkan sedikit air. Lepas tu masukkan gula, garam dan bahan perasa. Sedap dimakan dengan nasi putih.



Wednesday, May 11, 2011

buah hatiku..

lunch tadi aku BW blog2 mummies....
biasa la, klau dah mummies tu mesti crita hal anak2 punya..
tetiba aku rasa nak tepek pic anak2 aku ni...
buat kenang2an...
bla diaorg dah besar sok, blh tgk dan baca keletah diaorg masa kecik2 dulu...
mesti diaorg akan ketawa sendiri nanti..
abang dan adik, bila u all dah pandai baca blog ibu ni.....
ketahuilah bahawa ibu amat2 dan sangat2 menyayangi kalian...
walaupun kekadang tu ibu marah dan jerit2 pada kalian...
ibu marah coz ibu sayangkan kalian berdua..
kedua2 anakku ni lahir melalui kaedah caesarean sbb pintu rahimku tak buka walaupun dah berjam2 menahan kesakitan...
walaupun sakit, bla dah sedar dan tgk muka bebudak ni masa lahir dulu hilang terus rasa sakitnya...
dari takut nak pegang bb, tetiba je rasa seronok dan blh aku pusing sna sni..
*
*

irfan masa 1st day kuar dari perut ibu


irfan masa 1 tahun, kena chicken pox

irfan nak belajar merangkak

irfan 4 tahun

sekejap je masa berlalu...
dah makin besar anak ibu ni...
dah ada adik pun....
*
*

irdina masa dlm pantang lgi...


irdina, ibu x ingt ime ni umur dina berapa..


irdina 5m


irdina 7m


irdina 10m...
pic ni bru je amik....kiranya yg terkini la...
hobi dak kecik ni menjerit tak tentu pasal...
he..he..he..
abang dan adik la pengarang jantung hati ibu sekarang ni...
dulu ayah no. 1, pas tu jadi no. 2, sekarang jadi no. 3......
jangan mare ye sayang....



Tuesday, May 10, 2011

pengat pisang

aku buat pengat pisang ni dah beberapa hri sblm ni. cuma bru sempat nak tepek kat cni.
almaklumla....bz dgn keja, cik asben, abang dan c adik...
pengat pisang ni aku buat masa mkn2 dgn adik bradik aku kat rmh..
resepi mak aku ler...
*
*
*
biasanya aku suka taruk biji sagu, tpi dah tak de stok kat rmh. guna je la apa yg ada...

Resepinya:
pisang berangan secukupnya
santan (aku guna yg dlm kotak)
1 ketul gula melaka
gula pasir (ikut tahap kemanisan yang disukai)
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam halus

Caranya:
Masakkan gula melaka bersama secawan air sehingga gula melaka tu larut. pas tu tapis dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan santan, garam, daun pandan dan gula pasir. Kacau dan tggu sehingga santan menggelegak. pas tu masukkan pisang dan jgn kacau terlalu kuat takut pisang tu hancur. kalau suka blh masukkan biji sagu yang telah direndam dahulu.

hubby's birthday

...............kesinambungan citer dri n3 sebelum ni
kmi celebrate besday c kembar besar ni kat pizza hut almanda jer...
yg telah dihadiri oleh adik bradik sbelah c kembar besar ni...
antara menu yg dioder mestilah pizza kan????
he..he..he..dah tentu2 makan kat pizza hut..
*
*

pizza udang, nama sebenarnya aku dah tak ingt da..
yg ni aku punya. aku mkn 1 slice je coz rasa dah kenyang giler.

aiskrim utk irfan

hepi besday ayah..

hepi besday baba..

Saturday, May 7, 2011

my hubby's 31st birthday

selamat pagi..............
hari ni @ 7 mei 2011 adalah besday cik asben aku yg ke 31........
cik asben aku b'kongsi tarikh besday dgn abg kembarnya.
plan diaorg b'2 nak bawa fmily masing2 g dinner...
lokasi, tak tau lgi...
area putrajaya je kot????
to cik asben:\\\\\\\
semoga panjang umur
semoga dimurahkan rezeki
semoga terus menjadi ayah dan asben yg baik
semoga hidupmu sentiasa dirahmati ALLAH
ibu, abang dan adik sayang ayah selalu....
present aku tahun ni utk cik asben biasa2 jer....tpi istimewa dan ikhlas..
hadiah ni utk twins dia skali la...
xceli diaorg b'2 ni tak tau lgi pun...
tpi aku dah tepek kat n3 ni coz diaorg bukannya rajin nak menjengah blog aku ni...
mlm kang masa dinner nanti bru aku bawa kuar.....
HEPI BESDAY 2 BOTH OF U..
*
*

ni rupa sebelum di make up
*
*
*
*
happy 31st birthday ayah dan baba
*
*
*

kek coklat moist topping wif coklat ganache, fresh strawberi n edible image
*
*
ada beberapa ketui lg strawberi yg tinggal
so aku buat la strawberi dip coklat
*
*

ala2 peberet dato'ct
*
*

sekejap je dikendurikan dek irfan..
resepi tak pyah tulis la erk..
ada baki strawberi dan coklat ganache tu..
celupkan ajor...
pas tu sejukkan..
dah siap...
korean strawberi ni memang swett.......