Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, May 2, 2012

day 1 kat kampung, jengka la..

smpai kmpung dlm pkul 1.00pagi...mengantuk dan penatnya..kesian cik asben separuh jalan kena drive sorang2..janji manis cik isteri nak temankan dia sepanjang jalan hancur akibat godaan mata yang mengantuk giler ni..cik asben dah pesan, nak tido masa kat highway. kat jalan kmpung tu, kena bangun temankan dia..
aktiviti di kampung esoknya tu, kami buat kuih koci ubi keledek. biasa makan kuih koci tepung pulut..
rasa kuih koci ni lagi sedap dari tepung pulut punya sbb tak liat sangat. kalau kuih koci tepung pulut tu, boleh buat org tercekik masa nak menelannya. dan sesapa yg pkai gigi palsu tu, lagi susah nak makan kuih koci tepung pulut tu. rasa kuih koci ubi keledek ni lembut dan tak liat dikunyah. lagi sedap dari yang biasa. aku tolong mak isi inti dan buat bulat2kan je. sesi membungkus mak dan abah yang buat. bahan2 nak membuatnya aku tak amik dari mak. yg aku ingt mak cakap, 1 paket tepung ubi, 1kg ubi keledek putih. yang lain nanti aku kena menuntut semula dengan mak..sedap tau u olls...

baru siap masak ni..


sedap tau...


lunch on 24.04.2012

aku masak simple je on that day sebab mlm kang nak balik kampung..
tggu cik asben habis keja je..barang2 semua dah siap packing..
aku masak rendang ayam guna pes rendang segera..

nampak sgt kurang letak santan..stok santan ada yg tu je, malas aku nak turun g kedai
rasa ok2 je..cuma tak kaw macam rendang ayam asli la..
aku guna paste adabi..

nak menghabiskan paste yang ada kat rmh ni, sblm dia expired..
resepi, korang ikut je arahan kat belakang paket ni..utk anak2 pulak, aku masak sup ikan merah..






Friday, April 27, 2012

dinner bubur ayam jer..

kelmarin aku masak bubur ayam sebab irfan demam dan sakit tekak.. anak tekak dia merah dan ada ulser..
so, demam dia akan on off. setiap kali dia nak telan air liur je, mula la bgtau yg dia sakit..
perit agaknya, aku bgi minum air masak pun bukannya dia nak minum banyak pun..
segelas pun tak sampai. kalau air sejuk tu, bergelas2 pun dia boleh taram..
aku masak la bubur ayam utk irfan, kesian tengok dia susah nak makan..
itu pun suap dan paksa juga dia makan. takut nanti sakit lain pulak yang datang klau dia kurang makan..
aku suruh irfan telan jer bubur tu..sambil berkerut2 muka dia menelan bubur sebab tekak sakit..
pas tu, cik asben pun kata dah lama dia tak makan bubur nasi. masak la lebih utk sekuarga..
utk anak2, bubur ayam plain je. utk ibu dan ayah, mesti la ada lawan lauknya yg pedas2 gituw..
aku masak la pedal ayam goreng cili padi, pedas kaw utk makan dgn bubur ayam ni..
bertambah kami laki bini makan. teringat masa tgh belajar dulu mak tak bagi makan part2 anggota dalaman ayam ni. katanya tak elok utk budak2 yg tengah belajar. sampai sekarang aku amalkan untuk anak2. tak bagi diaorg makan anggota dalaman ayam dan lembu ni, kecuali klau aku tak tau la..
dah tua2 ni, sesekali makan ok la kot..

pedal ayam goreng cili api

BAHAN2:
1 paket pedal ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi - ikut suka
sedikit belacan - optional
garam, gula dan perasa

CARANYA:
- potong kecil pedal ayam, gaul dengan serbuk kunyit, garam dan gorengkan
- kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan
- tumiskan dahulu bawang besar yang telah dihiris sehingga agak layu
- masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak
- masukkan gula, garam, bahan perasa dan pedal ayam. siap


bubur ayam + pedal goreng cili padi
petang ni nak balik kampung, 30hb amik cuti pasal 1hb Mei adalah PH. kalau cuti tersepit ni, rugi tak apply weh..kami sekuarga balik jengka, balik rumah mak aku ler..bulan 6 nanti baru balik JB plak..
berhati2 kepada semua yang balik kampung nanti ye..termasuk laki aku yg nak bawa keta nanti..da.....


Thursday, April 26, 2012

masak ni jer..

kalau sesapa perasan, entry lepas aku ada masak gulai kepala ikan merah minang style..minang la sangat..
pas tu, ada baki kuahnya. nak buang sayang la plak..
so, aku modified sikit. lebihkan cili padi biar pedas dan pekatkan santan. pas tu, aku masuk udang.
jadi la pulak, udang masak lemak cili api..
menu recycle, tapi dengan rasa yang berbeza..

masak lemak cili padi udang dan kacang panjang
pas tu, untuk lauk tambahan aku masak ayam goreng berlado

ayam goreng berlado

RESEPINYA:
ayam
lada merah
cili padi
bawang besar
bawang putih
tomato
limau nipis
garam
gula
bahan perasa

* sukatannya, aku main agak2 jer..

CARANYA:
- goreng ayam separuh masak
- tumiskan bahan kisar iaitu lada merah, cili padi, bawang besar, bawang putih dan tomato sehingga masak
- perahkan limau, masukkan ayam. gaulkan rata dan masukkan garam, gula dan perasa. siap..







untuk anak2, aku buatkan sup ayam. tpi bukan nak letak gambar sup ayam. nak letak gambar budak yang makan sup ayam tu..memang sedap sup ayam yang aku buat tu. tak percaya, tengok gambar bawah ni ye..

my lovely little awan nano tgh makan nasi dan sup ayam

bukti betapa sedapnya masakan aku ni..
si kecik ni kalau ada kuah dalam pinggan nasi dia, mesti dia cakap..
bu..hiyup..

Wednesday, April 25, 2012

breakfast nasi lemak ajer

hujung minggu lepas masa akak jadi full time house wife,  masak nasi lemak untuk breakfast
heavy breakfast cenggini, aku masak bila hari cuti jer..
aku masak nasi lemak dan sambal telur ikan bilis. aku post smbal dia je la..nasi lemak tu, post pun rupanya tetap macam nasi kan..

sambal telur rebus ikan bilis

RESEPINYA:
telur rebus
ikan bilis goreng
cili kering
bawang puti
bawang merah
garam
gula
bahan perasa

CARANYA:
- tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar sehingga wangi
- masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak
- masukkan garam, gula dan perasa
- masukkan telur rebus dan sedikit air
- tutup api dan biarkan seketika, baru masukkan ikan bilis untuk mengekalkan kerangupannya

lunch suri rumah

dinner ni aku buat masa jadi suri rmh sepenuh masa selama 4 hari baru2 ni..baru sempat nak post..
aku masak kepala ikan merah masak gulai stail minang dan udang goreng kunyit untuk anak2..

gulai lemak ikan merah

RESEPINYA:
kepala ikan merah
kacang panjang
bawang merah
bawang putih
cili kering
cili padi
santan
daun kunyit
garam dan bahan perasa

CARANYA:
- tumis bahan kisar iaitu cili kering, cili padi, bawang merah dan bawang putih
- masukkan sediit air dan kacang panjang
- kacang panjang tu dah lembut sikit, masukkan santan dan sentiasa kacau smpai masak
- masukkan ikan merah, garam dan bahan perasa
- kacau lagi sampai masak


udang goreng kunyit untuk anak2. resepi sama je dengan ayam goreng kunyit tu
pas tu, untuk jus. aku buat jus kiwi..

sedap..cuma kisar buah kiwi, ais batu, gula dan masukkan air masak sikit. siap..

Tuesday, April 24, 2012

BPH tak benarkan BS mengasuh anak di kuarters????

20hb baru ni sehingga 23hb april aku cuti, EL la..gara2 BS anak aku diberi notis 24jam tidak benarkan mengasuh anak2 orang lain start hari ni (19.04.2012) sehingga 30.04.2012. ni semua gara2 ada orang complain kat BPH. buat aduan kewujudan BS yang ramai di kuaters putrajaya. alasan pegawai BPH masa hantar notis kat aku pnya BS adalah, kuarters merupakan rumah kediaman dan bukannya tempat perniagaan. so, BS aku amik cuti la 20.04.2012 dan 23.04.2012. takut BPH buat pemeriksaan mengejut nanti. so, aku nak cakap apa, terpaksa la amik cuti 2 hari menjaga anak. anak aku yg kecik ni tak pernah dihantar ke nurseri. so, aku takut nanti dia melalak seharian kat nurseri sampai tak de suara nanti..lagi haru. lagipun kalau transit sehari kat nurseri opis, diaorg charge RM20.00 sehari. baik aku cuti la, coz gaji aku sehari pun tak sampai RM20.00 sehari weh...nasib baik cuti banyak. aku memang simpan cuti untuk kes2 kecemasan anak2 ni. 1.05.2012 pihak BPH akan buat perjumpaan dengan pengasuh2 sedunia (presint 14 je la)...wat perbincangan katanya..aku dengar gosip2 mengatakan yang pengasuh ni kena amik lesen, kena pegi kursus seminggu dan kena berdaftar dengan JKM. ada bagusnya jugak la klau diaorg buat mcm ni. BS aku jaga 4 orang budak termasuk anak aku. so far, dia ok je. dia dah jaga anak aku dari yg sulung lagi. hai ni, 24.04.2012 dia dah bagi hantar, tapi hantar sorok2 la. ha..klau ada pegawai BPH yang baca post ni, korang jangan bising2 k...kalau tak, mana aku nak hantar anak sampai 30hb ni..aku htr anak kat BS sampai umur 3 tahun je. umur 4 tahun, aku hantar ke taska. biar dia main dan belajar..jom tengok gambar2 anak aku ni...

awan nano dan abangnya..

dah besar anak dara aku ni..sekejap je masa berlalu

tengah menyanyi 2 beradik ni..

kat hentian serdang, tengah tunggu atok dan nenek naik bas dari johor

 peace yo..da...