Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, July 16, 2013

Percik ikan ala kelantan

Update blog sambil tggu anak mengaji.Lauk utama berbuka hri ni, 7 ramadhan. Teringin plak nak mkn ikan percik. Biasa la, masa lunch hour mak2 org ni berdating dgn en.google utk mencari resepi masakan berbuka puasa. Resepi aku survey dri pelbagai blog masakan. Dah tak tau blog mana aku amik sbb bahan asas utk buat kuah percik ni sama je. Resepinya:

Ikan percik ala kelantan.

Ikan kembung
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Santan pekat
1/2 inci halia
Cili kering 3-4 tangkai
Asam keping
Garam & gula

Caranya:
-lumur ikan dgn kunyit&garam, pas tu bakar.aku guna pemanggang ajaib je.
-kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.masukkan dlm periuk dan cmpurkan santan.aku derhaka sikit, aku letak serbuk lada hitam.
-masak smpai menggelegak dan masukkan asam keping, garam dan gula.
-masak smpai pekat.agak2 dah cair sgt, cmpurkan je dgn tepung beras.elok la pekat tu nanti.siram kuah sikit atas ikan dan panggang sebentar.pas tu buat sebelah ikan tu plak.
-dah siap, angkat ikan dan curahkan lagi kuah tu.aku buat kuah lbh dan simpan bila2 nanti rasa nak mkn ayam percik plak.

1 comment: