Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, July 17, 2013

Pengalaman mengajar anak berpuasa

Tahun ni merupakan thn pertama irfan berpuasa. Irfan yg lbh suka dipanggil abg, berumur 6 thn.so, dah memang layak la diajar berpuasa. Setakat ni, abg cuma ponteng sehari on 2nd day pose. Dia dpt tahan smpai pkul 3 pm je. Sbb tak tahan asyik tgk adik minum susu. Si abg ni, godaan mkn dia tak heran. Cuma bab susu memang dia goyang. Masa sekolah, nak melayan dia berpose senang je. Tpi, klau masa cuti....memang blh hilang sabar ibu dibuatnya. Asyik buka tutup peti ais, nak air la...nak susu la..dan mcm2 karenah dan hal yang akan dia buat. So, layankan dan sabar2kan diri je la ye. 1st buka pose, kmi buka pose dln bas express je sbb masa tu on d way ke jb nak jumpa ayah. Tak pernah2 air mineral botol kecil tu dia minum habis. Tpi, hari tu memang habis dia minum. Ayam seketul pun habis licin. Nak ajar pose, aku janjikan sesuatu klau dia pose penuh. Disamping tu, aku bgtau abg yg semua org kena pose. Allah suka dan sayang org yg berpose. Aku bgi ganjaran tu sebagai satu perangsang utk dia berpose. Budak 6 thn, mana la dia faham lagi ttg kewajipan berpose. Aku janjikan sesuatu yg aku mampu belikan la. Time dia akan start meragam pukul 12.00 tghri ke atas. Masa tu, aku akan pujuk dia dan bgtau yg semua pun kena berpuasa. Aku bgtau la Allah suruh kita berpuasa. Bab ganjaran yg dijanjikan tu memang aku tak sebut langsung la. Cuma kekadang dia yg ingt sendiri. Klau dia tido tghri tu, keadaan dah aman sikit la..bila start bangun tido, mula la dia asyik bertanya lambat lagi ke ibu...lamanya ibu.. kenapa abg kena pose, adik tak pun? Aku cuma ckp, adik kecik lagi. Masa abg umur mcm adik pun ibu tak suruh abg puasa. Alhamdulillah, bangga dgn abang sbb dah pndai solat. Doa qunut pun dah blh baca. Sekarang ni, dah puasa penuh kecuali on 2nd day tu la.

Menunggu saat2 berbuka puasa

sahur pertama abang di bulan ramadhan

No comments:

Post a Comment