Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, February 13, 2013

Kemalangan kecil

Masa latihan taekwondo on 8hb baru ni, irfan jatuh dan mulut dia berdarah. Kelas habis 4.30ptg, aku dah smpai kat kelas dia masa tu dalam pukul 4.00ptg. Tapi, saja duk jauh2 supaya dia tak nampak aku. Kalau dia nampak nampak aku nanti, masa latihan dia akan main2. Tengah aku duduk melepak kat kawasan situ, terdengan suara anak aku menangis. Aku relax lagi la, sbb mungkin dia ada gaduh2 kecil dgn kawan2 dia. Bila aku dengar suara bebudak menjerit darah...darah...kelam kabut aku naik tangga pergi tengok anak aku. Ya Allah, anak aku..terkejut cik kiah ni dibuatnya. 1st time tengok anak dalam keadaan macam tu, jadi panik aku dibuatnya. Darah keluar tak berhenti dari mulut dia. Sir yang mengajar tu tak berhenti2 minta maaf. Bebudak kat situ cakap, ada sorang budak tu tolak dia. So, dia jatuh muka dulu ke lantai. Bibir luka sebab terkena gigi. Aku terus bawa anak aku ke poliklinik kat presint 8.



Sampa je kat klinik, aku terus suruh pembantu klnik tu tolong anak aku dulu. Aku tak peduli dah orang lain yang menunggu giliran. Gambar atas tu lepas doktor dah cuci darah dan sementara tunggu ubat. Baju taekwondo dia habis penuh dengan darah. Nasib baik ada bawa baju spare.



Bibir atas abang luka sebab jatuh dan terkena gigi






Hari ke2 selepas kejadian. Bibir abang bengkak. bahagian dalam bibir jadi macam orang kena ulser mulut. 3 hari makan bubur jer..Kesian anak ibu. Nasib baik tak berapa teruk lukanya. Ayahnya kata, biasa la...anak jantan...Irfan dah fobia dan tak nak pergi kelas. Puas juga memujuknya. Aku cakap, lepas mulut irfan sembuh, irfan kena pergi kelas semula. Dia nak pergi kelas, tapi dengan syarat aku kena tunggu masa dia kelas..Masa dah sampai rumah dan fikiran aku dah mula stabil, aku pun belek2 la ubat tu. Baru aku perasan hrga 2 jenis ubat tu RM75.00 untuk ubat demam/tahan sakit dan antibiotik. Mahal siot..poliklinik je pun...Takkan aku pergi dah klinik ni kalau bukan kecemasan. Untukmu anak, apa saja ibu korbankan.

6 comments: