sempena birthday adik yang ke-2, ibu dan ayah belikan hadiah permainan stroller dan bb. kes ni pasal mggu lepas, kami sekuarga pergi the mines. sebelah KFC tu ada gerai2 menjual permainan. tgh jalan2 kat situ, si adik ni ternampak pekerja indon tu duk main tolak2 stroller permainan. siap ada bb doll kat dlm stroller tu. apalagi, adik yang spesis takut dengan org sekeliling, lebih2 lagi yg dia tak kenal terus meluru pergi kat permainan tu. dia sibuk main tolak2 plak. bila kita ajak blik dia menangis, tanya harga permainan tu RM59.90..mak oii, mahal plak tu..cik asben pegang adik dan aku tarik permainan tu. si adik boleh meraung2 plak kan kat situ..tapi, kami buat tak peduli je dengan pandangan org sekeliling..biasa la, budak2 kan..kau ada??
ini ler benda alah yang dia nak sangat..aku beli kat kedai biasa2 je, baru RM24.90. penjimatan yang amat berganda2 tau..
muka dia suka sangat2 bila nampak cik asben tolak masuk stroller permainan tu ke dalam rumah..
mutu gambar yang tak berapa nak clear sebab guna enfon cap ayam jer..ada setengan parents yang memang tak nak bagi anak2 diaorg ni main dengan patung2 cenggini..tapi, aku tak kisah sgt. bukan nak beli segunung pun doll tu. lagi pun anak aku ni baru umur 2 tahun, biarkan dia lalui alam kanak2 dia dengan seronok..mcm aku dulu2...zaman kanak2 ni dtg sekali je dlm hidup kita. rugi rasanya kalau tak laluinya dengan seronok dan dengan perkara2 yang menggembirakan..
brg2 kt mines tu agak mahal skit. better cari kt kedai2 biasa je lg murah kan :)
ReplyDelete