Ha..ni la part 2 story mory rombongan cik kiah ke Pusat Darah Negara. Akak dah cakap, entry ni panjang lebar..meh la akak terus bercerita. Gambar bawah ni la plasma..rupa dah mcm air pi pis plak..ni dalam darah kita tau, dah diasingka awal2 oleh mesin tu. Utk amik plasma ni kat Pusat Darah Negara je. Yang jenis kempen2 derma darah kat luar tu, dia blh amik darah merah atau whole blood sahaja.
Ni plak dah tentu la darah atau whole blood. ada plasma dan darah dlm 1 beg ni. Tak boleh pegang, pasal yang ni tak disaring lagi...Pusat Darah Negara akan buat 2 kali pemeriksaan oleh 2 bahagian yang berlainan utk memastikan darah2 ni comform selamat. Pasal sebelum saringan, diaorg tak dapat kesan spesis penyakit atau virus apa yg ada dlm darah ni. Ujian awal tu cuma nak tau tahap kesesuaian penderma dan bukannya jenis darah penderma atau apa yg ada dlm darah penderma tu.
Ada 3 komponen darah yang diambil oleh pusat darah ni. Setiap 3 tu mempunyai fungsi merawat penyakit yang berbeza2. Platelet tu sel darah dalam tali pusat bayi. Ada masa uri tu kuar. Sesapa nak derma blh sbb platelet tu akan diimport ke Australia untuk dijadikan vaksin mengubati penyakit berbahaya. Bukan hospital amik uri tu, cuma amik sel dalam darah kat tali pusat je. Yang part lain tu kita blh amik. Tapi ni benda baru, tak ramai orang yang tau dan yang boleh terima lagi benda ni. Platelet ni hanya boleh derma kat 4 hospital kerajaan je dlm negara ni. Platelet tak blh simpan, once hospital dah dapat tali pusat tu kena proses platelet terus. Antara hospital yg akak ingt kat Hospital Serdang, Sultanah Bahiyah dan HKL. Lagi satu hospital dah lupa ler...
Tempat utk menyimpan platelet yg dah siap di proses. Tak boleh masuk sebab sejuk giler. Bawah 32 darjah celcius.
Ni tempat untuk simpan darah merah atau whole blood. Boleh tahan simpan sampai ke 45hari. Tapi diaorg ckp tak pernah simpan selama tu pun. Darah yang dapat terus je keluar ke hospital swasta dan kerajaan di lembah Klang. Ni suhu bilik jer..
Ini plak, tempat penyimpanan plasma. Sejuk weh..dah gaya macam simpan frozen food.
Darah dan plasma yang dah siap disaring. Menuggu org2 hospital datang amik je ni. Hospital Serdang je, dalam seminggu perlukan 600 lbh beg stok darah. Darah2 ni paling laku masa cuti2 sekolah...apa sebab???lu pikirlah sendiri..
Ini area utk hospital2 amik stok darah dan plasma. Pusat Darah Negara tak buat delivery service tau..Untk hospital kerajaan, percuma jer darah2 ni. Hospital swasta kena beli RM20 utk 1 beg..pas tu deme charge patient sampai RM200 utk 1 beg termasuk kos jarum dan kapas...kuang3...Hospital swasta ni klau ada kes2 emergency giler deme akan pas kat hospital kerajaan. Sebab deme kalau blh tak nak ada berlaku kematian kat hospital deme tu. Nanti, jatuhla saham..Korang nak ke pegi hospital yg bayar kemain mahal, tetapi history hospital tu banyak sgt kematian berlaku??baik korang pergi hospital lain kan??apa2 pun, ajal maut di tangan Tuhan...
Pas selesai program lawatan tu, kami makan la..Lapor weh..berpinar dah mata ni duk tgk darah..akak ni la dah la spesis nak pitam tgk darah banyak2 ni..
menu on the day..makan mengalahkan org yang derma plak..
byknye darah..suke geng2 vampire sedunia kalau tgk..hehe..bestnye wat lawatan mcm nie..
ReplyDeleteprogram ni memang best..tpi, tgk darah byk2 tu, nak pitam rasanya..nasib baik keadan darah tu agak b'sopan. tersimpan dalam beg.
ReplyDelete