ni menu smalam aku berbuka puasa..
aku kna ganti pose 15 hri coz thn lepas pantang b'salin irdina..
dah lama buat, sikit2...
aku buat seminggu 2 kali., isnin dan khamis..
skrg dah tggl lgi 2 hari je...
time ni kan musim kaum2 hawa mengganti pose coz tak lama je lagi bulan ramadhan datang......
semalam tetiba teringin nak makan kurma masak telur..
herm...dah lama tak buat..
*
*
masak kurma telur
Resepinya:-
5 biji telur ~ direbus dahulu
1 paket rempah kurma
santan pekat secukupnya
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
1/2 inci halia ~ hiris
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
1 labu bawang besar ~ hiris bulat
2 biji kentang ~ potong sederhana besar
2 biji lada hijau ~ potong 4 memanjang
garam dan bahan perasa
Caranya:-
- bancuh serbuk rempah kurma dgn sedikit air
- tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan sehingga wangi
- masukkan rempah kurma dan kacau
- masukkan sedikit air dan kentang
- masukkan telur, santan, lada hijau dan bawang besar
- perasakan dengan garam dan bahan perasa
wow!! nampak sedap. hehehhe. nomnomnom
ReplyDeletetry la, memang sedap
ReplyDelete