Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, June 16, 2011

cream puff

bahan2 nak wat cream puff ni dah lma aku beli...
cuma, tak terbuat je lgi.......
akhirnya aku buat pada 13.06.2011...
resepi aku amik kat yani myresepi ~ cream puff
siap ada tutorial bergambar lgi...
tpi, pic yg aku snap tak clear la...
herm...x kan nak minta tukar dari sony cyber shoot ke nikon DSLR kot????
*
*
masak dlm periuk dahulu smpai jadi tak melekat mcm ni..
*
*

pas tu putarkan dlm mixer, buh telur satu persatu..
*
*

sampai jdi mcm nih...
*
*

pas tu buh dlm piping beg, tekan bentuk mcm ni...
*
*

ni utk wat kastard plak..bancuh air dgn tepung kastard dulu..
*
*

ni la rupanya kastard jagung..
*
*

dah siap...tpi gambar blur..
*
*

dah siap cream puff filling jagung..
*
*

walaupun mukamu buruk, tpi rasa sedap...

Resepinya:
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1
    Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2
    Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3
    Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4
    Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5
    Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6
    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Nozzle
    Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer
aku copy bulat2 dari yani ~ myresepi..
minta izin ye yani..
sama dgn i tau....
maleh nak salin blik...
kat yani ni banyak resepi yang best2 tau..


1 comment:

  1. Teringin nak buat cream puff nih, tapi tak tahulah ntah bila :)

    ReplyDelete