kepada semua kengkawan blogger dan sesapa yang terbuka dan terbaca blog ni..akak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan. maafkan segala kata2 dan tulisan ini sekiranya ada yang terasa hati ketika membacanya.
esok pagi akak sekuarga nak balik kampung. berbuka dengan keluarga di jengka. next week baru balik berpuasa di rumah MIL kat JB.
cerita tentang aku, keluargaku, kawan2ku dan keadaan sekelilingku..untuk tatapan diri sendiri dan sebagai satu kenangan untukku..
Friday, July 20, 2012
Thursday, July 12, 2012
adik dan birthday present
sempena birthday adik yang ke-2, ibu dan ayah belikan hadiah permainan stroller dan bb. kes ni pasal mggu lepas, kami sekuarga pergi the mines. sebelah KFC tu ada gerai2 menjual permainan. tgh jalan2 kat situ, si adik ni ternampak pekerja indon tu duk main tolak2 stroller permainan. siap ada bb doll kat dlm stroller tu. apalagi, adik yang spesis takut dengan org sekeliling, lebih2 lagi yg dia tak kenal terus meluru pergi kat permainan tu. dia sibuk main tolak2 plak. bila kita ajak blik dia menangis, tanya harga permainan tu RM59.90..mak oii, mahal plak tu..cik asben pegang adik dan aku tarik permainan tu. si adik boleh meraung2 plak kan kat situ..tapi, kami buat tak peduli je dengan pandangan org sekeliling..biasa la, budak2 kan..kau ada??
ini ler benda alah yang dia nak sangat..aku beli kat kedai biasa2 je, baru RM24.90. penjimatan yang amat berganda2 tau..
muka dia suka sangat2 bila nampak cik asben tolak masuk stroller permainan tu ke dalam rumah..
mutu gambar yang tak berapa nak clear sebab guna enfon cap ayam jer..ada setengan parents yang memang tak nak bagi anak2 diaorg ni main dengan patung2 cenggini..tapi, aku tak kisah sgt. bukan nak beli segunung pun doll tu. lagi pun anak aku ni baru umur 2 tahun, biarkan dia lalui alam kanak2 dia dengan seronok..mcm aku dulu2...zaman kanak2 ni dtg sekali je dlm hidup kita. rugi rasanya kalau tak laluinya dengan seronok dan dengan perkara2 yang menggembirakan..
ini ler benda alah yang dia nak sangat..aku beli kat kedai biasa2 je, baru RM24.90. penjimatan yang amat berganda2 tau..
muka dia suka sangat2 bila nampak cik asben tolak masuk stroller permainan tu ke dalam rumah..
Monday, July 9, 2012
today is adik birthday..
hari ni birthday adik yang ke2..hepi birthday adik. ibu, ayah dan abang sayang adik sangat..
gambar2 adik dari 1st day lahir smpai skrg..
Friday, July 6, 2012
birthday adik isnin ni, 09.07.2012
09.07.2012 ni, umur adik cukup 2 tahun..makin banyak ragam, kuat mengadu, kuat merajuk dan suka melaram..sekarang brg2 ibu seperti lip gloss dan losyen tangan dah kena share dengan adik. brg2 tu memang sentiasa ada dlm handbag ibu dan sebelum keluar rumah akan guna 2 barang tu. bila si adik ni nampak, dia akan muncungkan mulut nak sapu lip gloss dan hulurkan tangan nak minta losyen. siap ada handbag sendiri dan memilih kasut yang mana nak pakai sebelum kuar. anak perempuan, macam tu la gayanya..
bila ibu buat tengah buat kuih, si adik pun mula la membuat kerjanya..permainan memasak dia punya sendiri ada, tapi yg brg kat dapur jugak dicarinya..bila tanya, adik buat apa tu??dia jawab ' acak uweh' means masak kuih..
bila ibu buat tengah buat kuih, si adik pun mula la membuat kerjanya..permainan memasak dia punya sendiri ada, tapi yg brg kat dapur jugak dicarinya..bila tanya, adik buat apa tu??dia jawab ' acak uweh' means masak kuih..
Thursday, July 5, 2012
pesta flora 2012, tema bougenvilla
pesta flora tahun ni, kecik je..tak macam tahun sebelum2 ni..budget dah kureng kot..actually, aku pergi ke sana kebetulan sebab kena bertugas. kena cek harga kat kedai2 menjual tu la..sambil2 tu, cuci mata la. siap amik gambar, guna kamera member..hu3...sedih ler bila cakap pasal kamera ni..antara gambar yang aku sempat amik semasa sedang bertugas...
strawberry & kiwi celup coklat dan pasta mushroom
dah lama tak mengupdate blog ni..entry ni pun gambar lama. tak de mood nak update blog sebab kamera kesayanganku rosak..gambar blur..tension betul la..lagi2 tension sebab bukan rosak kat tangan sendiri..huwaaa.....
layan la gambar makanan kat bawah ni ye...buah strawberry & kiwi, kalau celup coklat, memang cepat licin
bawah ni, pasta mushroom. resepi sos, aku guna sos buat spagheti jer..
Friday, June 22, 2012
anak2 nak kena tinggal..
25hb ni aku kena kursus kat semunji resort, kuantan sampai 28hb..means, kena tinggalkan ayah, abang dan adik selama 4 hari. yang paling tak best kena jauh2 dengan anak2..rindu weh..kang tak pegi kursus, tak cukup syarat untuk masukkan dalam LNPT. kena pegi jugak la..
sepanjang ibu berkursus, abang dan adik kena stay rumah atuk & opah kat jengka. jangan nakal2 tau. kesian atuk dengan opah nanti..ayah plak kena duk sorang2 kat putrajaya, sebab keja..aku memang minta kursus area pntai timur supaya boleh hantar anak2 kat rumah mak & abah. sekali jalan orang kata..suka baca kata2 kat bawah ni...
sepanjang ibu berkursus, abang dan adik kena stay rumah atuk & opah kat jengka. jangan nakal2 tau. kesian atuk dengan opah nanti..ayah plak kena duk sorang2 kat putrajaya, sebab keja..aku memang minta kursus area pntai timur supaya boleh hantar anak2 kat rumah mak & abah. sekali jalan orang kata..suka baca kata2 kat bawah ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)







