Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, January 10, 2012

cuti2 malaysia

24-26 feb ni kami sekuarga akan pergi bercuti..
tak jauh pun..
dalam negeri je, kat pulau langkawi
percaya tak????
dah 29 tahun aku hidup, ni la kali pertaman nak menjejakkan kaki ke bumi langkawi..
sedey weh..
kali ni memang nak g bercuti je, bukan bershopping..(boleh caya ker???)
motif utama nak ke langkawi ni ada 3:

- nak bawa irfan naik flight, setiap kali nampak kapal terbang lalu je mesti dia merengek ajak naik
- aku tak pernah sampai ke sini lagi
- pertama kali nak pergi bercuti berempat, sebelum ni bertiga jer..

kami pergi naik MAS..
ada cerita disebalik MAS nih..
sebenarnya aku booking tiket Firefly bulan 6 tahun lepas..
masa promotion hari tu, diaorg nak buat penerbangan Firefly dari KLIA ke Langkawi.
kami berempat tambang cuma RM154.00 pergi dan balik..
murah giler kan..
cer korang kira klau kos naik kereta..mesti lebih dari tu,
pas tu dalam bulan 12, dapat call dari pihak Firefly yg memaklumkan bahawa penerbangan Firefly dari KLIA - Langkawi telah ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti..
so, tarikh yang aku nak pergi tu nanti flightnya tak ada..
pihak Firefly bagi 3 pilihan kat aku:-

(1) duit RM154.00 akan dikembalikan
(2) kalau nak naik Firefly jugak, kena naik dari Subang Airport
(3) klau nak naik dari KLIA, kena naik MAS

kalau korang nak pilih apa???
mesti la amik pilihan ketiga..bukan senang nak naik MAS dengan harga RM154.00 pergi dan pulang..
nak refund duit pun, bukan banyak sgt kan??
aku duk putrajaya, buat apa nak naik dari Subang Airport plak..
baik amik dari KLIA..
naik KLIA Ekspress dari Putrajaya.

tiket flight dah comform

hotel pun dah booking
kami amik Langkawi Holiday Villa jer..
rumah persekutuan kerajaan..
murah dan selesa mcm kat hotel jugak rasanya...
kawan aku la yang ckp sebab dia pernah stay kat sini..
transport dan penginapan dah settle. kena sediakan kos sewa kereta kat sana, makan dan shopping sikit2
pas settle percutian yang ni, nak kena survey tiket murah2 ke Sabah plak..
ini la yang dinamakan percutian berkualiti, budget pun rendah..he3...
kita sambung cerita bab ni bulan februari nanti k..

4 comments:

  1. Pilihan yang bijak. kalau saya pun pilih yang no 3 gak. bila lagi nak naik MAS...hehehe.

    ReplyDelete
  2. memang berbaloikan.. hg tiket firefly tp naik mas...best wooo...hehe...

    ReplyDelete
  3. itu la..rezeki irfan nak sangat naik kapal terbang..he3...

    ReplyDelete
  4. erm.. kalau shopping pun tak per, zon bebas cukai tuuu...

    ReplyDelete