Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, May 8, 2012

genting highlands on wesak day

cuti wesak day hari tu, kami sekuarga pegi bercuti ke genting highlands..cuti mengejut sbb adik sponsor apartment utk tido satu malam kat Genting View Resort.  resort ni kat bawah je, so masa nak naik ke kota keriangan kat atas tu, kami bawa kereta smpai ke puncak sana. cabel car kebetulan tutup 2 minggu masa tu. kami buat small gathering adik beradik jer..family yang tak dapat hadir adalah 2 org abgku yg stay kat tgganu dan kota damansara. sebab adik cakap last minit, so dah clash dgn diaorg punya plan. thanks to adikku sebab sponsor apartment 3 bilik dan fully furnished. dia dapat rumah percutian utk staff maybank. RM30 je pernight. siap ada kelengkapan dapur dan mesin basuh dalam apartment tu..kami bawa barang2 sendiri dan siap masak dari rumah. cuma panas2kan je masa kat situ. adik sponsor tempat tido. aku dan mak bawa makanan. macam2 yang kami masak. last2 masing2 tapau bawa balik. malam tu, kami naik ke kota genting. memang plan tak nak main kat atas pun, cuma nak berehat jer..naik atas pun sekadar utk cuci2 mata dan jejalan..

pemandangan dari genting view resort, ngadap hutan jer...

kat area 1st world hotel

anak2 pun pakai pyjamas jer..dgn acunya..

irdina ni dia tak boleh ada kat area2 yang muzik kuat dan orang yang ramai, dia akan ceoat rasa takut. mula la nak berdukung dan dipeluknya kita kuat2 nanti..

my lovely family

rollo a coin and make a wish...ramai org non muslim yang ada kat area ni utk wish for something..

geng opah2 dan atok yang dah tak larat nak berjalan..tggu keta dtg amik luar lobi hotel tu. smpai je kat resort dah hampir pukul 1 pagi..mengantuk tak ingat... masuk tido terus utk sambung perjalanan esok plak



kesinambungan citer besday hubby

aku beli kek favourite asben kat SR, choc indulgence. beli 2 slice je sbb. aku tak berapa gemarkan rasa kek ni yg bagi aku, manisnya...beli 2 slice tu je pun tggu berhari2 baru habis.

cantik lagi kalau aku yang tulis..
pas tu, kami dinner kat umai d'lake putrajaya. tempat ni dia punya view memang cantik. kalau datang makan waktu malam aman dan relax jer..pemandangan tasik putrajaya dan lampu yang bersinar terang dari masjid besi a.k.a Masjid Sultan Mizan. makanan kat sini semuanya ala carte punya stail. harga teramat la reasonable dan mampu milik..cuma, service dia agak slow...tpi, sementara menunggu oder siap, boleh bawa anak2 main kat luar area restoran tu.

muka tension tggu makanan..


pemandangan dari restoran

jejalan dulu sebelum balik..




Monday, May 7, 2012

happy birthday to my hubby




hari ni birthday cik asben i...
selamat harijadi sayang, semoga panjang umur, d murahkan rezeki, d beri kesihatan yang baik ..
ucapan di tujukan jugak buat abg kembar cik asben..

happy birthdat to both of you
tahun ni tak aku tak buat kek utk birthday cik asben. beli je la nanti. tak sempat nak buat sbb semalam tido genting. pas tu, check out dan jejalan baru balik rumah. sampai dah malam dan mengantuk giler..
kita dinner kat luar malam kang k..
i love u..


Friday, May 4, 2012

last day kat kampung hari tu..

entry ni kesinambungan citer masa aku balik kmpung hari tu..
last day, singgah rumah makcik kat Felda Triang. makcik tanam pokok buah markisa. kat kampung, orang panggil buah susu, masa aku kecik2, buah ni kami buat main2 je sbb rasa dia yang masam tu tak berapa digemari oleh orang. bila dah besar ni, baru tau rupanya buah tu blh dibuat macam2. lagi sedap kalau letak atas pavlova...rasa manis pavlova dan masam buah markisa ni memang cukup ngam digandingkan bersama

ni la rupanya buah markisa tu, spesis pokok menjalar
kami dinner kat sana dan makcik masak ketam masak sos

nyum3..........sedap...


Wednesday, May 2, 2012

crocs sale

sepatutnya, aku kena sambung citer dari entry lepas, tapi nak bgtau yg ni dulu kat u olls..
balik dari kmpung baru ni, aku dan cik asben terus singgah ke tropicana mall city.
crocs buat sale smpai 5 mei ni. 2pasang kasut crocs RM 100.00
aku ni bab2 sale cenggini memang la berminat untuk mendapatkannya..
itu pun member sebelah, tiney bgtau..aku pergi dah hari ke6 crocs sale..
saiz banyak dah tak de..design pun ok. dia campur2 design yg baru dan lama..
sampai je kat kedai crocs tu, org dah beratur coz dia bagi sikit2 masuk dalam kedai tu supaya tak bersesak kat dalam. kedai tu pun bukannya besar sgt. cik asben dah malas nak pegi sbb dia bukan spesis org yg suka pergi ke tempat crowded ni..tapi aku ajak jugak. ye la, dah sampai..takkan nak balik kot. at least kena tgk2 dulu kan.. aku dan irdina beratur. cik asben dan irfan g cari ATM nak kuar duit..

siap ada staff jaga pintu tau..
pas tu, dah tak ada gambar sbb mak sibuk membelek kasut. ada kasut yang digemari tapi saiz tak ada. aku ni kaki saiz 6. yang baik saiz 5 dan 4 jer..bila tanya staff kat dlm tu, ada tak saiz 6..dia cakap ' kakak kena cari2 dalam kotak tu lor'....

diaorg letak kasut2 tu dalam kotak macam ni jer..sempat amik gambar masa nak beratur bayar kat ctr. cik asben dpt kasut sepasang. harga RM199.00, dapat harga RM50.
aku punya plak, dapat la sandal je. harag RM 179.00 jadi RM50.00.
ok la tu, sapa nak bagi...gambar kasut yang kami beli lupa nak amik..
sebab buruk perangai laki bini, dalam keta terus buang label dan sarung kat kaki..

day 1 kat kampung, jengka la..

smpai kmpung dlm pkul 1.00pagi...mengantuk dan penatnya..kesian cik asben separuh jalan kena drive sorang2..janji manis cik isteri nak temankan dia sepanjang jalan hancur akibat godaan mata yang mengantuk giler ni..cik asben dah pesan, nak tido masa kat highway. kat jalan kmpung tu, kena bangun temankan dia..
aktiviti di kampung esoknya tu, kami buat kuih koci ubi keledek. biasa makan kuih koci tepung pulut..
rasa kuih koci ni lagi sedap dari tepung pulut punya sbb tak liat sangat. kalau kuih koci tepung pulut tu, boleh buat org tercekik masa nak menelannya. dan sesapa yg pkai gigi palsu tu, lagi susah nak makan kuih koci tepung pulut tu. rasa kuih koci ubi keledek ni lembut dan tak liat dikunyah. lagi sedap dari yang biasa. aku tolong mak isi inti dan buat bulat2kan je. sesi membungkus mak dan abah yang buat. bahan2 nak membuatnya aku tak amik dari mak. yg aku ingt mak cakap, 1 paket tepung ubi, 1kg ubi keledek putih. yang lain nanti aku kena menuntut semula dengan mak..sedap tau u olls...

baru siap masak ni..


sedap tau...


lunch on 24.04.2012

aku masak simple je on that day sebab mlm kang nak balik kampung..
tggu cik asben habis keja je..barang2 semua dah siap packing..
aku masak rendang ayam guna pes rendang segera..

nampak sgt kurang letak santan..stok santan ada yg tu je, malas aku nak turun g kedai
rasa ok2 je..cuma tak kaw macam rendang ayam asli la..
aku guna paste adabi..

nak menghabiskan paste yang ada kat rmh ni, sblm dia expired..
resepi, korang ikut je arahan kat belakang paket ni..utk anak2 pulak, aku masak sup ikan merah..