Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, April 18, 2012

pancake dan strawberry smoothie

dessert ni aku buat mggu lepas. makan pancake dengan minum teh o panas time2 hujan di waktu petang..
memang best la..lagi2 klau hujan ni, perut asyik lapar je..
srtawberry smoothie buat untuk anak2..
aku guna tepung pancake segera. beli di kedai bahan bakeri kat bdr baru bangi. nama kedai tu, MAKCIK
cuma campurkan air dan sebiji telur. kacau2 dan masak atas kuali..
jadi la macam gambar kat bawah ni...

time nak makan tu, letak butter sikit, madu dan choc syrup..
sedap weh..teh o tu plak, jangan buat manis2 sebab yang ni dah manis..kang kena kencing manis..
cik asben dan anak2 suka makan ni..pas tu buat strawberry smoothie..
gara2 nak menghabiskan stok strawberry dalam peti ais yang dah hampir nak menopous tu la..

strawberry smoothie. cara nak buat, blendar je strawberry, fresh milk, ais batu dan sedikit gula..dah siap..
siap letak buah strawberry kat gelas lagi..baru menarik hati anak2..
sesekali nak buat ala2 hotel gituw..
*
*
*
*
*
*
*
tepek gambar seksi bb i, baru lepas mandi..


spagheti bolognese & choc cheese muffin

fuhhhhh...tiup habuk kat rmh jap..berdebu weh...
lama sgt tak jenguk kat sini sebab membizikan diri kat kedai bakery..
masakan ni dah lama buat, cuma baru sempat nak tepek kat sini..
lunch hari tu aku masak spagheti bolognese..
resepi, aku taram je apa yg ada dalam fridge..buat tak pedas pun sbb nak bagi anak2 makan sekali..
untuk aku dan cik asben, kami letak serbuk lada dlm pinggan sendiri sebelum nak makan..
dah dasar tekak orang melayu yang sukakan kepedasan..

spagheti bolognese

RESEPINYA
spagheti
cendawan butang dalam tin - hiris
sos prego mushroom
sos cili
sos tomato
sosej
bawang putih - ketuk je
bawang besar - potong dadu
daging cincang
oregano
tomato - potong dadu
lada hitam - tumbuk
garam dan perasa

CARANYA:
- didihkan air dalam periuk, setelah menggelegak masukkan minyak masak dan spagheti.
- rebus sampai spagheti lembut, toskan dan gaul lagi dengan sedikit minyak atau terus basuh dengan air untuk
  mengelakkan ianya melekat.
- tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan daging cincang.
- setelah air daging tersebut agak kering, masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato.
- masukkan sedikit air sebagai kuah, sosej, cendawan butang, tomato, lada hitam dan oregano.
- setelah mendidih, masukkan garam dan bahan perasa. siap..



pas tu, untuk dessertnya aku buat chocolate cheese muffin.resepi yang senang dan sedap dibuat.
aku amik kat abang mat gebu

rupa memang tak semegah owner asal la, tapi rasa memang dah sedap..puji diri sendiri..he3..
abang mat gebu, kita minta izin copy paste kat sini plak ye..

Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

Wednesday, April 4, 2012

yuna @ najwa latif @ irdina.....

tengok tajuk entry ni macam gempak je kan..gempak dek anak dara aku ni ha..
sibuk nak pakai tudung, pas tu main gitar abang dia.si adik memang suka bila gambarnya diambil..
wat kenangan untuk adik, bila dah besar nanti tengok semula gambar ni tau..
ni la rupanya gaya awak masa umur 1 tahun 9 bulan..

begitu asyik adik menyanyi sambil petik gitar mainan abang tu..

dengan dua gigi kapaknya tu..

my adorable princess...gambar abg kat entry lain k..

Tuesday, April 3, 2012

sup pasta campur

sup ni aku buatkan utk lunch anak2..senang dan mudah, campuran pasta, sayur, chicken ball dan isi ayam
anak2 pun suka makan dengan ibunya pun suka makan..ringkas dan kenyang..


SUP PASTA RINGKAS

pasta jenis spiral
isi ayam - potong kecik
chicken meat ball
lobak merah
oyster mushroom
brocoli
celery
bawang merah
bawang putih
serbuk pati ayam dan garam

CARANYA:

- tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau harum
- masukkan isi ayam, air dan pasta spiral
- bila pasta dah lembut, masukkan chicken meat ball dan sayuran keras dulu iaitu lobak merah dan celery
- pas tu masukkan brocoli, cendawan, serbuk pati ayam dan garam. siap...

Monday, April 2, 2012

breakfast ala2 hot & roll

breakfast semalam, 01.04.2012 aku buat paratha wrap ala2 hot & roll. siap cari bahan2 bagai nak rak..he..
aku tengok macam senang je diaorg buat dan bila aku try buat, memang senang weh..
lagi bagus buat sendiri, kita boleh taruk bahan2 kat dalam tu suka hati bagai..jangan campurkan yang tak sekutu sudah ler..macam campur durian dengan sosej, bukan ke pelik tu???tapi, mana ada orang buat macam gitu kan.......kat bawah ni rupa paratha wrap yang aku buat

yang ni untuk cik asben. aku letak sosej, black pepper chicken slice, mayonis, slice cheese dan crab stick. amik ko, memang taruk bahan tak ingt. nak letak banyak2 sangat pun tak boleh la sbb roti paratha tu kecik

aku punya pun sama2 jer isinya dengan cik asben, cuma aku letak sos cili dalam tu.

yang ni untuk anak2, ada fresh strawberry, choc chips, mayonis, slice cheese dan almond nibs
ok la, rasa lebih kurang je walaupun rupa tak sama macam yang original punya kat bawah ni...

sumber : google

sumber : google

ketam masak sambal + telur

ada baki ketam berbuka pose semalam, aku masakkam plak ketam goreng bercili dengan telur. menu recycle, tak baik membazir. lagipun harga ketam mahal wo...

ketam goreng bercili dengan telur. aku buat tak pedas sangat la. kang nak menyedut lelemak dain isi2 ketam tu nanti pijar bibir dibuatnya..resepi aku amik kat kak azita

KETAM MASAK SAMBAL TELURSumber : AzitaZain

Bahan-bahan :
4 ekor ketam - dipotong dua setiap ekor
20 biji cili kering (*)
1 ulas bawang besar (*)
5 ulas bawang merah (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 biji buah keras (*) - tak letak
1 batang serai - dihiris kasar2 (*)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir
garam dan perisa secukupnya
2 sudu besar minyak - untuk menumis
3 biji telur Gred C - dipukul sedikit dengan garfu

Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus.
  2. Panaskan kuali besar dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga mendidih dan pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, gula, garam dan perisa. Kacau rata2.
  4. Masukkan telur dan kacau supaya telur tersebut menjadi bertali2.
  5. Masukkan ketam dan kacau rata2. Tutup kuali selama lebih kurang 5 minit - untuk keluarkan air ketam.
  6. Kacau rata2 supaya semua ketam disaluti oleh kuahnya. 
  7. Rasakan masin dan manisnya. Tambah perisa, garam & gula jika perlu.
  8. Masaklah sehingga ketam tersebut masak. Siap...!

menu berbuka semalam

semalam pose ganti dan pose sunat bersama dengan cik asben. aku dah start lama pose ganti ni..wat sikit2..
lama2 habis la..buktinya, dari 8 hari aku kena ganti pose, dah tinggal 3 hari jer lagi..
korang semua dah start ke??pose dah nak dekat ni weh.,diam tak diam je masanya sampai..
tak larat nak ganti pose time nak dekat bulan ramdhan nanti. macam tahun lepas, aku terkejar2 nak ganti smpai seminggu direct kena pose..ponet weh..so, marilah kita sama2 ganti pose awal2 k..
menu org berbuka pose semalam memang besar weh..cik asben aku la..

ketam goreng telur masin..sedap, cuma bagi aku bila nak sedut kat sepit2 dia tu tak rasa nikmat sangat sebab masakan ni tak berkuah..dia kering, sebab bergoreng..resepi aku amik kat kak ayu singapore
minta izin share dan copy kat sini k..

KETAM GORENG TELUR MASIN - Bahan-bahan ( Untuk 2/3 orang )
  •  3 ekor ketam bunga (yang besar)-(Ayu gunakan 3 ekor ketam batu/nipah)
  •  5 biji kuning telur masin-(Ayu gunakan 4 biji saja-  ikut macam Seri juga letak putihnya sekali,)
  •  5/6 batang cili padi (dihiris halus)
  •   2 tangkai daun kari (tarik dari tangkainya)
  •  2 sudu makan mentega
  •  3 sudu makan susu cair
  •  2 sudu teh gula -
  •  garam & lada sulah secukupnya-( Ayu tak letak garam sebab putih telur asin dah masin)
  •  Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam and potong empat. Toskan.
  2. Kukus kuning telur masin selama 5 minit. Kemudian lecek-lecekkan kunig telur dengan sudu sampai berderai. Ketepikan.-(Ayu tak kukus pun pecahkan aje terus dalam kuali)
  3. Gaul ketam bersama tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga ketam bertukar warna. Angkat ketam yang dah digoreng dan ketepikan.
  4. Di kuali yang bersih, masukkan mentega dan goreng cili padi & daun kari hingga wangi.
  5. Masukkan kuning telur masin yang dah dilecek kedalam kuali. Gaul hingga sebati bersama cili padi dan daun kari tadi.
  6. Bubuhkan sedikit garam, gula, lada sulah dan susu cair. Gaul dan akhir sekali masukkan ketam yang dah digoreng tadi.
  7. Apalagi...attack la ketam tu. Gerenti jilat jari
yang ni plak kerabu mangga cik asben yang buat..resepi amik kat fizanordin. sedap tau..





KERABU MANGGA
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan (aku gantikan dgn sos tiram dan dibancuh dgn sedikit air panas)
Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

pas tu, untuk dessert aku buat puding roti bersama sos kastard. yang ni memang aku teringin nak makan. tpi, time berbuka makannya sikit ajer..tak pe, simpan dalam peti ais lagi sedap tau..

baru siap bakar..simpan dalam peti ais dulu. nak berbuka baru potong2 dan makan bersma sos kastardnya.
aku buat tak manis untuk based puding roti ni sebab sos kastard tu dah manis..

sedap makan time sejuk..lega je masuk ke dala perut orang yang berpuasa seharian..
resepi aku amik kat maya zakry - myresepi. minta izin share kat sini plak ye..

Bahan-bahan ( 1 happy family )

  • Bahan A
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti (gardenia/high 5)
  • Bahan B
  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
  • 1 s/b buah pala *(optional)
  • Bahan C-kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara

  1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
  3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
  5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang