Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, March 29, 2013

Makan guna groupon di The Manhattan Fish Market

1st time beli baucar makan kat Groupon ni. Memang murah dan berbaloi-baloi...



1st time juga try makan kat The Manhattan Fish Market ni...Dengan bayaran RM49.00 only, kami dapat.....


juice gummy bear, 2 gelas besar...


mussels, dah tau masak apa..makan cicah roti..


salad


Giant fried platter yang memang giant saiznya. Ini untuk 4 org dewasa makan..tak habis, siap tapau bawa balik lagi...

5th Hot Air Balloon @ Putrajaya

Belon panas...belon panas..mari2 datang putrajaya. Last day ahad ni jer...Org datang putrajaya, kami yang duduk sini nak keluar dari putrajaya. Balik kampung ambil chenta hati...dua beradik ni stay kat kampung dgn opah seminggu, sempena cuti sekolah.



layan la ye gambar yang baru diambil pagi tadi..nak tengok belon yang design cenggini kena datang pagi2 la, dlm pukul 8 memang masa yang cantik utk smpai kat sini. kalau dah tengahari tu tinggal belon bulat yang untuk orang ramai naik je la...










Friday, March 22, 2013

Masak lemak cili api ketam

amik ko, besar giler aku tepek gambar nih..lunch hari bila pun aku dah tak hengat.

KETAM MASAK LEMAK CILI API
ketam secukupnya - aku suruh org pasar tu siangkan
cili padi - ikut tahap pedas perut masing2
bawang merah
daun kunyit
kunyit hidup @ serbuk kunyit
santan secukupnya
perasa dan garam

CARANYA
- bersihkan ketam dan buang la apa yg tak septutnya ada kat ketam tu. aku ketuk sikit kat kaki tangan  ketam tu. nanti senang nak makan
-t umbuk cili api, bawang merah dan kunyit hidup
- masukkan dalam santan bahan tumbuk tadi bersama dengan daun kunyit
- kacau jgn smpai pecah minyak santan tu. kalau malas nak mengacau bagai, korang guna je la santan dalam kotak. tak payah nak kacau bagai sbb memang takkan pecah minyak punya. tapi, yg instant mana nak sama umphhhhnya dgn yg asli.
- santan dah masak, masukkan ketam dan perasakan. kacau lagi smpai ketam tu masak. siap...

*actually aku tak makan ketam pun. anak2 dan cik asben yg makan. aku allergic seafood...


Wedding member opis

Dah lama tak update blog. Mood nak berblogging dan tgk blog dah ke laut semenjak2 ni. Citer banayk nak story mory ni. Mulakan dgn wedding member opis tema bollywood kat Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay KL. Pic pengantin blh lupa plak nak ambil dek kerana kesibukan melayan anak2. 

Tahniah untuk atikah (budak opis) dengan hubbynya. Gambar cilok kat FB diaorg.


gelagat anak dara ahkak nak g majlis tu


dia amik wrislet ibu dan buat mcm handbag. kelas ko nak...





kemain melaram si adik. bila orang nak amik gambar, keluarlah malu2 miaw dia tu...


Friday, March 1, 2013

Lunch di Umai, Putrajaya

Lunch semalam aku makan kuew teow kung fu yang memang sedap sangat, makan dengan cili potong lagi bertambah sodap...




Kak min, geng amkan aku oder chicken chop. Chicken chop dia terlalu garing ler...