Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, August 30, 2012

1st lunch dgn kengkawan after raya @ johnny's steamboat

1st lunch, kami makan steamboat kat johnny's. kunun2nya, tak nak makan nasi dan nak makan yang simple2 jer..last2, makan kat sini perut kenyang air duk menghirup sup steamboat tu. aku lagi suka makan steamboat kat flamingsteamboat. tapi, kat area putrajaya tak de..makan la kat johnny's. boleh la setakat nak lepaskan gian makan steamboat. pilihan sup ada 2. tapi, kalau nak tukar sup kepada perisa tom yam, kena add on RM5.00 kat johnny's ni..tak kuasa i nak add on..telan je la apa yang telah disediakan..


dengan sapa lagi, geng makan2 i ler...


jijah punya, lotus ice ntah apa ke benda la nama penuh dia. ada la sebesar mangkuk aiskrim..


kak min punya, red bean ice. aku minum ice lemon tea jer..so, tak payah la nak letak kat sini..



chicken spinach mee, utk rasa2 kami bertiga. kureng sebab ada rasa manis2 plak..tak blh pegi da..



kami pilih set B, utk 2 org makan. aku suka makan sos pencicah dia walaupun ada letak daun ketumbar. rasa kena dan ngam plak daun ketumbar dimasukkan dalam sos tu walaupun aku sebenarnya paling tak suka bau daun ni. kuat sangat la baunya...kak min dan jijah tak suka makan sos cicah tu..aku ler yang menghabiskan sos tu, siap minta tambah lagi..cara bayaran, tong2 ler..total makan RM54.00 + service tax.



anak dara yg berinai...

masa pak de dia akwin, semua org sibuk nak pakai inai..kami guna inai mekah jer..dlm ramai2 nenek pakaikan inai, si kecik ni pun sibuk nak jugak..


susah nak jaga, nasib baik inai tu cepat kering...



tak merah sangat, sebab tak tggu lama..habis kotor baju tido dia sementara nak tggu inai tu kering...aku dah tak sabar nak menunggu, terus cuci ler..

manik - manik dan duit raya..

baju raya tahun ni, aku jahit manik sendiri lagi la..jimat dan kedekut nak kuar duit g tempah jahit manik..kena jahit sendiri ler..tak la secantik profesional..tapi, jadi la..janji ada...kau ada??


baju raya pertama



baju raya ke2. memang jahit semua kat hujung baju sebab pakai tudung..jahit kat leher baju, tak  nampak pun nanti.....


kalau raya di JB, ini yang paling best..anak2 akan dapat duit raya dlm singapore dollar...dapat dari sedara2 cik asben dari singapore yang dtg beraya rumah MIL...

Wednesday, August 29, 2012

majlis kenduri kahwin BIL on 25 Ogos 2012

sekitar gambar di majlis perkahwinan adik ipar, sebelah perempuannya..


rombongan pengantin lelaki. semua ni banyak keluarga adik beradik asben je..asben i 11 orang adik beradik. 6 orang dah berkeluarga dan beranak pinak. pikir2 kan je la betapa ramainya..


posing sikit dulu sebelum berarak ke rumah pengantin perempuan



ini la pasangan pengantin tu..buat azuan dan nisah, semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat..



kedua mertuaku bersama dgn anak2 perempuannya..


ini plak adik beradik lelaki cik asben i. cik asben i yang duduk belah kanan sekali. dlm family dia ni ada 2 pasangan kembar. cik asben dan kembarnya. pas tu, yg 2 beradik duk tengah2 tu pun kembar jugak. kami panggil kembar besar dan kembar kecik.


gambar ni plak, i bersama dengan beras2 a.k.a biras..to pengantin perempuan, welcome to the biras's club..ini la dia barisan menantu hantu haji aminuddin, bapa mertua kami semua..kalau dah berjumpa semua ni..mak aii..gossip tak hengat..yang menantu hantu lelaki pun join sama..



acara last, adalah baling gula2 dan duit..i dpt la RM2 hinggit dan sedikit gula2. ok la tu....


majlis nikah adik ipar di felda taib andak, kulai on 24 ogos 2012

smpai di JB malam raya ke 4. raya ke 5, MIL buat doa selamat dan tahlil. raya ke 6, adik ipar nikah dan raya ke 7 kenduri kawin dia. adik ipar i kawin dengan org felda taib andak, kulai. layan je gambar2 ni k..dah malas nak menaip panjang2..lunch jap g nak ke open house rmh bos...


hantaran pihak lelaki dan perempuan. yg boboi tu, anak buah k..bukan termasuk dlm senarai hantaran..


kat rmh pengantin perempuan, tggu nikah selesai



happy sebab majlis nikah dah selamat smpai. gambar semua anak, menantu dan cucu i punya MIL. ini pun ada yang tak masuk..masih tak cukup korum..


dah kawin musim raya, kami pakai baju raya ler...si abang dan ayah..


ibu dan adik...


dah gaya pak pandir pakai songkok anak i ni...


suka dgn gambar ni. tak sedar abang ipar i amik gambar ni. hari tu, si adik bertudung smpai selesai majlis nikah. suruh buka, dia x nak...time ni, adik tgh makan nasi...sedap sgt nasi tu agaknya...



part ni, dah nak balik ke rmh MIL kat taman pulai perdana..nanti smbung citer masa kenduri kawin dia plak k. belah lelaki cuma buat makan2 keluarga sahaja. tak buat kenduri besar2 pun..permintaan empunya badan..







Tuesday, August 28, 2012

off to JB

ni cerita kesinambungan raya ler...balik JB hari rabu, raya ke4. kami ikut jalan kampung. lalu triang, muadzam shah, negeri 9, segamat dan keluar ikut yong pen. pas tu terus smbung highway ke JB. keluar rmh pukul 11 pagi, smpai JB pukul 7.30mlm. bercinta duk dalam keta. cik asben bawa tak rushing + jln kmpung + hujan + berhenti makan.jln kmpung, tak blh laju. kena ada lori kat depan, bercinta la mengikut belakang bontot lori tu. bila dpt je peluang, memang cik asben potong terus la..kami singgah makan KFC kat segamat.

si adik dgn seketul ayamnya...





berhenti makan aiskrim dan rehat kat hentian pagoh.

hari raya 2012 di jengka, pahang

raya dah lepas, tapi bulan syawal tak habis lagi...kira masih sempat la nak upload gambar raya dan sedikit story mory tentang hari raya. tahun ni dah 2 kali berturut-turut raya di jengka. actually tahun ni turn rmh MIL kat JB. tapi disebabkan adik ipar i kawin raya ke6, so terpaksa ubah plan raya di jengka dulu. thn depan pun mesti raya jengka jugak. klau tak nanti clash dgn turn adik beradik i. tahun ni, kami semua in blue turquoise..


selamat hari raya...


si abg sekain dengan ayah. si adik sekain dgn ibu..senang dan jimat belanja..

adik dengan pakcik


abg dgn acu



Wednesday, August 15, 2012

selamat hari aidilfitri, maaf zahir dan batin

assalam uollss..dah tak sempat nak update blog dek kesibukan membuat persiapan hari raya dan m'settlekan tempahan kuih dari kawan2..buat entry raya terus la..
cikyanie ingin mengucapkan selamat hari raya buat semua kwn2 blogger dan para pembaca blog ni...
minta maaf sekiranya setiap tulisan dlm blog ni ada mengguris hati sapa2 yang kat luar sana..
kami akan pulang ke pahang dulu dan raya ke3, baru blik jb rmh MIL..
apa2 pun tak kemas lagi ni..sibuk mengemas rumah dulu. al maklumla, lama nak tinggalkan...
sekali lagi, selamat hari raya semua...




Thursday, August 9, 2012

menu iftar semalam...

aku dah tau nak masak apa..last2 buat nasi ayam je la...senang, ringkas dan sedap..pas tu, try buat ayam pandan. dapat saiz kecik2 je sebab daun pandan aku ni tak lebar..so, sekali isi tak blh masuk banyak.


aku guna resepi kat sini. malas nak salin, panjang sgt...



ayam pandan plak, aku amik resepi kat abg mat gebu. tukang masak famous tu..


AYAM PANDAN THAI
copy dari : abg mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

BAHAN PEMERAP :-)
1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

BAHAN SOS :-)
160 g gula melaka
125 ml cuka makan (mat letak 100ml je)
1 camca teh kicap pekat
1 1/2 camca teh cincangan bawang putih
5 - 6 cili padi, cincang halus
1 camca besar sos ikan (nampla)
1/2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
  2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.
  3. UNTUK SOS :- Cairkan gula melaka dengan sedikit air, kemudian tapis. Masukkan semua bahan2 lain kecuali bijan. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan tadi...


Tuesday, August 7, 2012

irdina posing dengan tudung baru

semalam belikan tudung syria untuk adik, saja nak menambahkan koleksi tudung dia yg ada selai tu jer..hrga RM5.00, beli kat pasar presint 8. berkali2 adik pergi tgk cermin. pas tu suka sorang2..pegi kat ibu, ayah dan abang. pas tu tanya, antik tak???









juadah iftar on 06.08.2012

hari ni, dah masuk 19 ramadhan. cepat betul masa berlalu, rasa sekejap sangat...ku bersyukur Ya Allah, atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku, keluargaku serta sahabat2ku...semalam buat ikan bakar, teringin plak nak makan. buat sendiri je la..boleh letak sesuka hati apa bahan yang kita nak letak..


ikan pari bakar, ala2 portugis la sangat...aku guna perencah instant ajor.....



sedap jugak, beli kat pasar presint 8. harga RM7.00 je..



yang ni plak, kailan goreng belacan. sebenarnya nak buat kailan ikan masin, ikan masin x de. so, ubah kepada kailan goreng belacan. resepi sama macam kangkung goreng belacan, cuma tukarkan sayur kailan. boleh tengok semula kat sini. pas tu cik asben beli murtabak kat uniten. murtabak ni memang famous walaupun bukan semasa bulan pose. bagusnya kali ni, dia dah siap masak awal2. tak payah nak beratur panjang menunggu org tgh nak masak murtabak. smpai azan magrib pun org boleh beratur lagi. harga pun murah, RM5.00 sekeping. tebal dengan isi dan memang sedap. kalau lewat smpai sini, alamatnya habis ler...


berbuka di the chicken rice shop, alamanda

kelmarin berbuka kat chicken rice shop, alamanda. kami pergi pas sembahyang magrib dan berbuka kurma kat rmh. so, tak perlu tergesa2 nak pergi. smpai sana, banyak meja yang dah kosong. gambar makana memang tak de la sebab dah kebulur weh laki bini ni..yg ada gambar anak2 jer...


budak kuat makan...



yang ni plak, kalau nak makan mesti kena paksa..