Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, September 28, 2011

'contest raya sedondon'

hari ni nak join contest raya sedondon anjuran hafiz369
nak join klik SINI
syarat utama mestilah jadi follower dia..
aku dah...
gambar yang aku nak hantar..
*
*
aidilfitri 2011
kenapa pilih warna baju ni????
- semangat nak raya sebab berempat
- sebab tak ada lgi stok baju warna ni
- senang nak sedondon. 1 kaler jer..
- nampak cute kan...ceh..
*
*
sedondon kan???
*
*
tarikh peraduan, 21 september till 21 oktober 2011
nak tag..
- mai

kek karamel

smalam kawan 1 opis oder kek karamel utk open house unit dia kat opis
dah agak jarang membuat kek ni sebenarnya..
Alhamdulillah, masih menjadi..
*
*
kek karamel
*
*
agak nipis keknya sebab kali ni saiz loyang besar..
thanks to puan masriefa k..

Monday, September 26, 2011

demam cheese brownies

n3 baru ni aku asyik tepek cheese brownies jer..
nak wat mcm mana??dah org suka oder yg tu..
kali ni cik norehan oder 2 biji cheese brownies, marble dan blueberry..
utk pot luck jamuan hari raya bahagian penguatkuasa..
*
*
marble cheese brownies
*
*
blueberry cheese brownies
*
*
ready to delivery..
thanks to cik norehan..

Thursday, September 22, 2011

marble cheese brownies

esok irfan ada majlis sambutan hari raya kat taska..
parents amat la di galakkan untuk membawa pot luck masing2..
so, memandangkan kat rmh masih ada stok bahan utk membuat brownies cheese ni..
so, aku buat keputusan utk membuatnya..
*
*
kali ni buat marble cheese brownies je la..
*
*
ready utk irfan bawa g school esok..

blueberry & strawberry cheese brownies

nak cepat ni..
dah tak sempat nak story mory panjang2 kat sini..
oder dari kwn opis jijah, utk pot luck hari raya bahagian dia kat opis..
*
*
blueberry tak cukup, aku campurkan je la dgn strawberry
*
*
ready to delivery

Monday, September 19, 2011

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON "VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"
*
*
*
*
klik sini untuk details lanjut dan kalau nak join
*
*
'BABY IN BAJU RAYA CONTEST'
nama : muhammad irfan bin ismail
tarikh lahir : 24 november 2007
*
*
'BABY IN BAJU RAYA CONTEST'
nama : nur irdina binti ismail
tarikh lahir : 09 julai 2010
tempoh contest bermula pada 19/09/2011 sehingga 30/9/2011.

*
*
Hadiah bagi contest musim ini ditaja oleh

 



Sunday, September 18, 2011

bluebery cheese again

smalam buatkan brownies ni utk tiney..
kawan sebelah meja aku kat opis jer..
yg selalu jugak jadi tukang testing masakan2 terbaru aku..he3..
katanya nak bawa brownies ni ke rumah kakaknya..
*
*
my hot blueberry cheese brownies
*
*
ready to delivery
thanks to tiney..

Friday, September 16, 2011

bluebery cheese brownies

smalam aku buatkan cheese brownies sempena birthday anak bos cik asben aku..
cik asben den la yg minta buatkan coz budak tu suka mkn apa jua spesis brownies nih..
pas tu buatkan 2 loyang jugak..
marble and blueberi cheese brownies..
oder dari jiran aku utk open house dia..
ptg smalam, member opis aien sms nak oder 1 loyang, flavour blueberi..
sebenarnya, aien nak apam polka dot 100pcs..
tpi, short noticed sgt. aku x dpt nak buat sbb dia nak amik esok paginya..
kebetulan plak, mlm tu aku nak kna buat 3 biji brownies..
so, aku tak dpt nak memenuhi permintaannya itu..
sorry ye sayang...
bila aien dpt tau aku nak wat brownies nih..
dia terus oder brownies la..
aku pun godek lagi 1 adunan..
so, mlm tdi aku berperang dgn 4 biji brownies...
*
*
blueberry cheese brownies
*
*
1 biji saiz loyang 4 segi 10x10, RM45.00 utk marble, blueberry dan strawberry cheese brownies..
aku guna cheese jenama kraft..
*
*
si aien ni request supaya asingkan siap2 dlm 2 bekas coz dia nak bawa ke 2 tmpt yg berlainan..
yg bekas kecik tu utk awak mkn dlm keta nanti
thanks semua coz sudi oder dgn mk nih..
harap puas hati k..

buku rekod penilaian irfan

masa seminggu nak raya hari tu teacher kelas irfan jumpa aku, nak bg buku rekod penilaian...
masa tu, tak sangkanya cepat betul masa berlalu..
dah sekolah rupanya anak ku ni..
siap ada rekod penilain lagi tu..
rasa macam dah makin tua aku ni erk..
suruh ayahnya sign kat buku tu..
ayahnya pun duk membelek dan tersenyum sorang2..
katanya tak sangka anak dia dah besar..
irfan lahir pada 14.11.2007 @ 1459 hrs..
secara operation sebab aku dah menahan sakit lebih dari 8 jam, tpi bukaan masih 2 cm jer..
air ketuban masa tu dah nak kering..
doktor suruh operation untuk selamatkan bb dari lemas..
berat dia 3.2 kg masa lahir..
ayah dia suka sangat bila dapat tau dapat boboiboy..
wat geng dia la..
sekolah irfan ni utk budak 4 tahun..
playschool jer....
ibu taruk cite tentang buku rekod penilaian irfan supaya nanti bila irfan besar boleh tengok balik..
macam mana awak zaman kecik2 dulu...
*
*
*
*
*
*
keputusan dia amat memberangsangkan untuk tahap umurnya..
nak selit gambar abang dan adik kat sini sekali k...
*
*
abang dan basikalnya..
*
*
adik dan chicky bikenya..

Wednesday, September 14, 2011

oder apam polka dot

semalam cc min oder 100 pcs apam polka dot utk dibawa ke makan2 anak sedaranya..
utk apam ni biasanya klau org oder awal dgn aku, aku buat la..
tpi, esok nak hari ni baru oder memang aku tak dapat nak membuatnya..
mak ni ada anak kecik 1 thn 2 bln..
tak dapat nak membuat dalam waktu kelam kabut..
kang, hasilnya pun tak elok..
utk kek atau brownies tu ok lgi la..
aku boleh buat, sebab cepat boleh siap...
kek tu kan sebijik je..
apam ni kecik2 cenonet..
pas kukus, nak kena tunggu lagi..
*
*
ni filling strawberi
*
*
ni plak filling kaya
100 pcs ~ RM30.00..
senang taruk harga terus coz orang selalu tanya..

Tuesday, September 13, 2011

solok lada

bln pose hri tu masa kat kmpg, aku request solok lada kat mak aku..
antara masakan favourite aku n adik bradik..
hri tu, aku yg masak..
mak aku tenggokkan ajer..
tpi, potong lada dan masukkan isi ikan dalam lada tu, mak aku ler...
mak aku cakap, ko jgn pegang..
kang pijar tangan tu..
karang nak pegang anak, dgn anak sekali kena pijar pedas lada tu..
kira aku selamat la..
*
*
sebelum masak
*
*
it's ready to eat...

Resepinya:-
ikan kembung
lada hijau - pilih yang gemuk dan besar
kelapa parut
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
lada hitam
santan
sedikit daun pucuk ubi

Caranya :-
- bakar ikan dan asingkan tulang dan isi.
- tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam
- pas tu masukkan isi ikan, kelapa parut dan tumbuk lagi
- belah lada hijau, jgn sampai terputus dua dan buang biji dlm tu
- sumbatkan isi ikan yg telah ditumbuk tdi
- susunkan daun pucuk ubi dalam periuk (utk mengelakkan dari lada tersebut hangit)
- susunkan lada yang telah disumbatkan dengan isi ikan tdi atas daun pucuk ubi tersebut
- masukkan pati santan, garam dan perasa
- sentiasa kacau dan ceduk2kan atas lada tersebut supaya tak pecah minyak
- dah siap. dengan daun pucuk ubi tu pun kita blh makan. lgi sedap kalau ada kuah2 cikit




Monday, September 12, 2011

tuna sandwich

baru ni aku wat tuna sandwich utk breakfast..
breakfast ringan2 jer sbb tghari kang nak g open house kengkawan..
sandwich ni sedap, mudah disediakanl dan amat berkhasiat...
ceh, berkhasiat kunun..
sebelum ni aku main tibai semacam jer..
semenjak dua menjak ni, cik asben aku asyik beli roti spesis ni...
dia cakap, lagi byk khasiat roti ni berbanding roti biasa..
lantak la...
aku main taram jer..
tepat pukul 9.30 pagi tu, cik asben ditemani oleh anak bujangnya g mydin cari brg2 utk wat sandwich ni..
aku suruh beli roti canai je, tak nak..
amik, beratur kemain panjang masa nak membayar kat kaunter tuh..
*
*
tuna sandwich.
resepi tak payah tulis la erk...
bubuh je la apa yg korang suka kat dlm roti ni..
sedap ajer rasanya..

tutti frutti

aku selalu jgak la makan yogurt ala2 aiskrim ni kat fruti tutti..
bawa anak2 dan mak bapak dia skali makan..
sedap tau...
gambar ni aku kumpul2 masa start mula2 dtg makan smpai la skrg..
slalu g kat bandar baru bangi je..
dekat dgn rmh.
tak pernah makan kat situ pun coz time aku datang je, tempat slalu penuh..
makan dlm keta je la, take away..
*
*
ni la kedainya..
*
*
self service k...
cara nak amik frozen yogurt ni mcm kat 7 E tu la..
*
*
suka hati la nak amik banyak mana..
dia kira ikut berat..
makin besar cawan dan makin banyak korang isi..
makin mahal la harganya..
*
*
ada macam2 jenis topping..
klau taruk potongan buah, lagi berat la jadinya..
*
*
ni saiz cup yg paling kecil..
ada 3 saiz..
bg aku, yg kecil ni pun dah cukup besar rasanya..
*
*
yg ni aku amik perisa vanilla dan strawberi..
harga dalam RM13.00 +++
*
*
yg ni plak, perisa red velvet dan coklat
harga RM15.80..
sedap seh...

Sunday, September 11, 2011

pot luck hari raya

n3 sebelum ni aku ada crita pasal pot luck hari raya kan??
nak sambung balik citer tu..
lokasi kat bukit jelutong rmh cousin aku..
masing2 dtg bawa makanan sikit2, bla dah kumpul jadi banyak la plak..
macam2 ada...
biar la gambar yg aku tepek kat bwh ni menceritakan semuanya..
*
*
ayam masak merah, rendang daging, spagheti olio
*
*
carbonara, mihun goreng, nasi impit, nasi tomato
*
*
sedara, adik bradik dan sepupu sepapat aku
*
*
lepak setelah penat membelasah juadah yg ada..
*
*
dlm banyak2 makanan, spagheti olio ni la yg aku paling suka..
banyak o...aku makan..
kak ipar aku kat damansara tu yg masak..
lepas ni aku kena wat sendiri la..
makan tak ingat weh..
tak pe, esok nak pose 6...

Saturday, September 10, 2011

bluebery cheese brownies

hari ni aku buat bluebery cheese brownies..
utk pot luck hari raya kat rmh cousin di bukit jelutong esok..
kitaorg plan buat pot luck ni supaya tak menyusahkan tuan rmh..
sebab tuan rmh bukannya wat open house pun..
cuma rumahnya yg dipilih utk wat majlis ni..
majlis hari raya adik bradik, sepupu dan sepapat belah aku jer..
satu lagi menu, aku kena bawa nasi impit..
he3..pilih yg senang2 udah la yer...
majlisnya besok, hari ahad..
aku buat brownis tu hri ni, pas tu smpan dlm esbox..
esok kuarkan, baru lgi umphhhhh rasanya..
lgipun hri ni nak kuar g 3 jemputan open house yg ada dlm list la..
tak campur lg rmh2 terjah..
so, mesti balik rumah lewat punya..
klau esok baru nak start wat brownies, takut tak sempat weh..
*
*
my favourite...
blueberi cheese brownies..
resepi, korang belek la dlm label kek tu erk..

Friday, September 9, 2011

kek karamel

sepanjang bulan pose hri tu, aku tutup kedai bakery kejap..
bakery la sgt yer...
sekarang aku buka balik..
org pertama yg oder adalah opis mate aku..
mak buyong a.k.a mok su..
mok su oder utk open frenz house dia la..
open house kecik2 utk kengkawan jer..
wat kat rumah dia di equint park..
mok su oder 2 biji kek karamel..
dah lama tak buat kek ni, harap2 rasanya masih sedap macam dulu..
*
*
yg ni ikut warna hari raya la, hijau, plain dan aku selitkan biru..
*
*
yg ni plak ada rasa coklat cikit..
harap mok su puas hati k..
rasanya, yanie x dpt dtg open house akak coz nak g open house saudara di sg. buloh..
terima kasih..

Thursday, September 8, 2011

kuih lopes

actually ni citer bulan pose hri tu..
tpi baru berkesemapatan nak ditepekkan kan sini..
kuih lopes ni favourite family aku...
klau semua balik berkumpul mesti minta mak dan abah buatkan kuih ni..
pasal yg pulutnya tu abah buat dan kuah gula melakanya, mak yang buat..
abah aku masih menggunakan dan mengekalkan cara tradisional dalam pembuatan kuih ni..
itu yang sodap..
hanya abang aku yg sulung je mewarisi kepakaran dan kemahiran dalam membuat kelongsong kuih ni..
orang sekarang suka buat dalam plastik atau tekan dalam talam je..
abah aku siap buat sarung atau kelongsong kuih ni guna daun pisang..
masa nak potong kuih tu pulak, gunakan benang supaya tak melekat..
cer tengok...
*
*
tgh masak ni..
*
*
setelah siap di masak...
gambar yg dah potong tak sempat nak amik coz keterujaan untuk makan kuih ni masa berbuka..
sampai tak ingat nak amik gambar..
tpi, dia lebih kurang macam ni la bila nak makan..
*
*
credit to cik google..
copy n paste je gambar ni..
resepi sama macam dlm blog masakan yang ada..
cuma cara membuat kuih ni je yang lain..